CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, December 25, 2010

Let's talk about holidayyyyy!

Assalammualaikum

minggu lepas dari hari selasa sampai jumaat, aku sekeluarga bersama family mak usu dan juga yana telah bercuti di bukit gambang resort city. tempat tu memang best! memg tak rugi bercuti di sana. tempat tu agak pedalaman. x maju pon. berdekatan sangat dengan matriks gambang pahang. ok start dengan hari selasa kami bertolak after Zohor. then pukul 5 lebih baru sampai rumah adik pakusu aku. rumah dia dekat pekan pahang. so dari pekan ke gambang tu cuma 30 minit sahaja. so petang tu kiteorg berehat di rumah dia. lagipun kiteorg memang check in keesokan harinya pukul 3.o0 petang. hee. 










hihi kegilaan kami bergambar sepanjang dalam kereta
 kiteorg pergi sana lalu jalan mersing. bila jalan mersing paham2 je la. line pon 1 2 bar je. then keliling semua hutan.tu yang ngantuk gilaks. RnR pon takda haish. tapi benefit lalu jalan mersing ni, takda tol hehe. so penaja percutian kami save sikit dari segi pembayaran tol just keluar duit minyak sahaja hehe.
hehe penaja percutian kami. pakusu dan ayahanda saya.
then sampai ke pekan.secara jujur aku first time pergi pahang hehe. tu yang gayat sikit tu. ni gambar2 sepanjang berada di pekan!
pekan bandar diraja










yaww. banyak kan gambar. hehe semenanya kami singgah di rumah adik pakusu ni sebb apartment yang kiteorg tinggal kat resort gambang tu, dia yang punya. so kami dapat free penginapan di sana kalau tak! 998 ye puan-puan untuk 3 hari 2 malam. cis mahal x? mahal x? so alang-alang da dapat free. janganlah lepaskan peluang ye tak hehehe. keesokan harinya kami berjalan2 di sekitar bandar kuantan untuk memenuhi masa sampai kol 3. sebab nak check in kan pukul 3. so pergi lah singgah teluk chempedak. cantik sangat pantai dia. tapi meremang bulu tengkuk aku nak dekat dengan pantai dia,sebab kan ada buaya sesat pernah terdampar dekat batu2 teluk cempedak tu. haish, soram acik hehe.






my family hee
gedik je kan nak upload gambar manyak2 cenggini.walhal ada jek photoscape yang boleh upload manyak2 terus. tapi tak puas aa. kocik bonar gamba eh. hikhik walaupon rasa dah lama buang masa kat teluk cempedak tapi jam still menunjukkan pukul 12 tengahhari. cett 3 jam ag woi. dari teluk cempedak ke gambang dalam 20 minit cenggitu. lame ag nak check in. ketiak dah basah dah ni. then benti makan dekat arae2 gambang. dekat restoran burung puyuh gajah. bunting jek lebih. tapi puyoh nya takda. cett.


muka-muka kenyang. hehe. makan lambat cano pon jam still kul 1.30 aduiyai. then redha jek la terus g resort tu. jalan2 kat situ dulu. pakusu terus gi kaunter. rupanya dah leh check in. sebb bilik tu dah siap kemas. hihi. ape lagi berderu g serbu bilik! tak sabar nak nengok apartment yang mahal sangat tu. haha gayat gilaa.
jalan-jalan sekitar resort


 muka-muka tunggu check in


hehe ni bahagian dapur aparment tu. kiteorg siap bawak dapur yang kecik. sebb kiteorg masak. so save sikit. kami kan ramai so kenelah masak. tak mampu acik nak makan dekat tempat makan apartment tu compom la mahal kan.hehe.lagipon kiteorang kan dapat fre apartment so x dpt lah package makan dinner bfast and all that. hee

petang tu, kiteorg ingat nak g main motor ride flying fox jungle trekking segala bagai dekat Active Academy tu. tapi kasut semua x bawak. sadis tol. so petang tu ingat just nak round-round resort tu. tetiba nampak swimming pool. hehe apelagi menggeletis semua nak mandi. ingatkan kene pakai swimming suit segala bagai jap agi nengok org lain selamba jek madi pakai track suit. hehe then, one two three lompat lah dalam air hehe
amik gamba dulu sebelum masuk. cover line hehe






disebabkan tak rami orang sangat, dah macam buaya duk merangkak kat swimming pool budak2 hahaha taleh blaaa.
sebelah malamnya, setelah settle masak2 kiteorg  pergi main funfair. then beli belah sikit di gift shops. memang rambang mata lah g kedai tu. barang semua cantik2 and harga dia affordable la.
magician show. nadiah dijemput naik pentas buat magik hihi. lovely girll.



Funfair. cam budak kecik jek. naik buat geli-geli keke

gift shopss


yayy! hari khamis la hari di nantikan.kiteorg akan ke bukit gambang water park.heheu pagi tu after sarap nasik goreng. terus pakai baju semalam beli kat gift shops, tak mandi terus gi reception nak beli tiket tram untuk ke water park itu. hehe. satu kepala seringgit. sungguh seronok.


haruslah bergambar sebelum pergi dengan muka tak mandi haha



tunggu tram

muka gembira naik tram! haha


haruslah bergambar di main entrance




gambar sebelah kiri tu tempat ukur. kalau kalian tinggi penguin tu maka FREE lah masuk hehe. bayaran masuk dia 21.90 per adult and 18.90 per child. quite murah kan compared to Water World and Sunway Lagoon. tapi bezanya dia kat pedalaman. water ark dia best! lagi-lagi glacier river dengan Slides! Slides dia banyak gila! tinggal larat tak larat je la nak naik tangga. huh! kiteorg first masuk. haha then mandi dari pukol 10 sampai 5 petang. peh memg syiookk. tapi bila balik. rasa krem satu badan. pukul 8.20 dah tidur! sumpah penat. kaki tangan semua tkleh gerak, nakmakan pon tak larat!mulanya nak masak balik waterpark. tukang masak iaitu ibu aku dan makusu pon dah krem. makanya makan luar lah malam tu hahaha. nak cakap order pon tak larat! haha. then esok harinya check out. :( huu sedih. maka berakhirlah percutia kali ini. sekarang duk rumah tunggu result keluar! aww cuak gilaa. ok lah. sampai sini sahaja jumpa di lain entri.! :)

Tuesday, December 14, 2010

++ mari melawat Zoo Johor ++

salam
ahad lepas bersamaan dua belas disember dua ribu sepuloh
aku telah pergi ke Zoo Johor bersama-sama incik camir cah.
kenapa pilih Zoo Johor? saja tukar angin. asik-asik pergi shopping Mall
nengok wayang. sudah buhsan. lagipun weekend kompom-kompom wayang full gila dan bersesak-sesak dan berebut-berebut lah manusia mahu menonton wayang. kami lebih gemar menonton wayang weekdays. tak ramai orang.
 Plus, tiket pon murah! heehee
dah lama gila tak pergi zoo, so macam gayat lah sikit. last pergi masa tu fatin setahun kut. sekarang fatin dah 12 tahun. maknanya dah 11 tahun aku tak pergi ZOo. kasihan kasihan. hihi. sebelum bayar tiket masuk, pergi beli jajan-jajan dulu supaya tidak kebulur sepanjang kami melawat 'kawan-kawan' camircah nanti. huahua
harga tiket nak masuk Zoo pon murah jek! 
Rm 3.00 / adult
and Rm 2.00 / children
saving kan. hehehe. masuk-masuk jek. melantak dulu jajan-jajan yang dibeli kat luar tadi. dah penuh perut.
barulah bertenaga nak menjelajah kawasan Zoo Johor itu.
 start dengan tengok gajah. busuk nya awak ni incik gajah. awak tak mandi yeeee. kembang kempis hidung aku nak amik gambar dengan incik gajah! hahaha
encik elephant~
heehee
sebenarnya burung unta tu buta dan buaya itu juga takda gigi. hahha
aku cam nak volunteer masuk kandang buaya tu. bersihkan kolam dia. busukk sungguh. sebatang gigi jek ada. hahahaha padanlah muarah masuk Zoo Johor ini. haiwan dia semua oldies sungguh plus tak berapa sihat.
tapi kalau nak pergi buat geli-geli boleh jek hakhak
++++++

next kiteorg pergi Today's Mart. hajat hati nak pergi Holiday Plaza nak sopink baju. tapi bapak jammed jalan! oh men. then singgah Today's Mart semata-mata nak usha Tiram Indoor water Park. nak usha lah. kalau best buleh ajak ibu ayah. jap ag dalam dia cam swimming pool jek plus ada mainan sikit-sikit. tapi masuk mahal gila. lagi best pergi Wet World pedas kut. tapi kalau dah bersiap-siap nak gi berkelah kat pantai tetiba cuaca berubah dan hujan, so jangan sedih jangan walang, pergi ubah destinasi anda ke Tiram Indoor Water Park hahaha. last choiceee tu. buat geli-geli mandi kat situ. hikhik
tapi masuk mahal! 
Tiram Indoor Water Park

 camni lah tompet nyoooo. hikhik
oklah sampai sini jek.
bye!

Monday, December 13, 2010

setelah sekian lama tak update buhlog..

salam. ye dah lama sungguh rasanya tak update buhlog.
busyyy gila lately. after habis final exam khamis lepas, terus gerak balik kampung.
the next day, bertolak pula ke Kampung Melayu, Kluang kerana sepupu sulung saya bertunang iaitu Nur Salwana. heehee.
 tapi kesian arwah atuk tak sempat nengok sorang pon cucu dia bertunang. :(
sedeyyy. :( :(
okey.okey. sambung cerita balik.
before pergi kluang, singgah sebentar di MITC. jenguk maklong saya menjual barangan kraftangan di sana. ;) ;)
after semayang jumaat, barulah sampai kluang. semua sedara mara dah sampai. meriah gila.
lama gila tak kumpol macam tuh. rasa happy bila semua family dapat berkumpul.
petang tu, siapkan pelamin kak wana untuk sarung cincin, siapkan barang hantaran dan so on.
memang trend sekarang semua sarung cincin nak ada pelamin kan. dulu anak dara tunggu dalam bilik tunggu bakal ibu mertua beliau menyarungkan cincin. hikhik. zaman kini sudah berubah!
+++++++

hari sabtu barulah majlis nya start.
ok fine aku rasa inilah pekara paling worst yang telah terjadi dalam hidupku.
al kisah. baju aku sama dengan seorang makcik dalam rombongan pihak lelaki.
haha. tak boleh bla gila. design bulat -bulat kat baju aku tu almost sama dengan baju yang makcik tu pakai. oh demn! malunyaaaaaaaaaa. aku pon tatau kenapa aku malu sangat
mungkinkah sebab yang pakai tu makcik?
atau nampak sangat baju aku loser?
 sepatutnya aku ditugaskan jadi photographer untuk majlis tu sebab adik bongsu kak wana patah kaki. nasib baik aku tak berlari-lari masa pihak lelaki tu sampai. kalau tak, tatau la mana nak letak muka aku. oh men! sepanjang majlis tu aku duduk atas. tak turun pon sampai pihak lelaki balik. kesiankan. tak dapat pun menyaksikan aksi sarung cincin kak wana. :( :(
time kat atas rumah tu, makcik aku sound, 'tulaa selalu sakat orang, arini semua orang sakat aku' huahua.
hantaran pihak perempuan

hantaran pihak lelaki

kak wana dan abang khairul


aksi sarung cincin

nur salwana
ok sila take note pada pakaian makcik yang belakang perempuan baju biru itu.
dan sila bandingkan dengan baju yang aku pakai pada hari majlis itu
sama kan. atau nak sedapkan ati sikit, 
warna yang acik tu pakai soft sikit dari bulat-bulat kat baju aku!

okey after this kak wana kahwin 27 mei ni. nak beli baju yang mahal dan limited edition supaya tak ada yang duplicate ngan baju aku! hikhik
aduyai hajat hati nak cerita lebih lagi. lagi-lagi pasal gi zoo Johor dengan my BFF hikhik
tapi kemalasan diri ini berganda!
next time la yek.
bye!