Assalammualaikum
hari ini Chef Fau Farah nak ajar cam mana orang negeri sembilan buat lemang. huhi kebetulan semalam, masa wan (panggilan untuk nenek aku) aku buat lemang, aku hadap dari A sampai Z. so aku dapatlah gain sikit-sikit knowledge semasa proses hadap itu. dah boleh masakkan camircah kalau dah tawen nanti. kuikui.
dulu masa aku kecik-kecik aku tak makan lemang. aku sangat tak suka a.k.a anti lemang. wan aku pun tau. aku rasa dia mesti kecik hati aku x makan dulu. susah payah dia buat. cucu dia yang lain makan jek. aku jek tak makan. al maklum aku sorang jek cucu johor yang lain semua cucu negeri sembilan. ehehe tapi dah besar ni aku macam dah boleh adapt dengan lemang tu.. aku pun tak sedar bila aku start suka lemang ni. dulu masa kecik-kecik aku tatau pun proses buat lemang ni camana. kesusahannya. tau-tau dah siap jek hidang atas meja. dulu lenjan main dengan sepupu-sepupu sekarang dah besar kena duduk dapur jugak time masak-masak. bak kata orang-orang tua, "alaa, perempuan belajar tinggi-tinggi pun duduk kat dapur gak". tapi memang ye. aku sangat kagum dengan perempuan yang lincah di dapur dan masak sedap. *__* sila serahkan kemahiran tu pada saya. hehe
jadi sekarang lets start learning. hehe okayy. bahan-bahan yang diperlukan ialah
pelepah pisang atau daun pisang
pemilihan daun pisang ni pun penting. kena cari muda sebab masih lembut. tapi kena hati-hati jangan sampai daun ni koyak atau senang cita jangan ambil daun yang koyak. hahaha
santan
santan kelapa haruslah ori. kalau tak ori em tak sedap la kut. aku pun tatau. wan aku amik empat biji kelapa pastu ramas-ramas dan perah santannya.
buluh
pemilihan buluh juga tidak boleh diambil mudah. aku tatau la camana atuk aku pilih. tak penah lak ikut pilih buluh lemang.
beras pulut
nak buat lemang kenalah pakai beras pulut, takleh la pakai beras biasa ye puan-puan ehehe
garam
sedikit garam diperlukan dan dicampakkan ke dalam beras pulut yang direndam di dalam santan.
maaf ye gamba ni semua ihsan dari google, terlupa nak ambik gambar masa wan aku buat. sebab khusyuk bebenor. ehehehe
maaf ye gamba ni semua ihsan dari google, terlupa nak ambik gambar masa wan aku buat. sebab khusyuk bebenor. ehehehe
yang paling susah nak buat lemang ni, part yang nak salur daun pisang dalam buluh. payah ouh nak buat dia. kena pastikan daun tak koyak. dan pastikan daun tu betul-betul tergulung kat dalam buluh tu. wan aku gulung guna batang pelepah. then kepitkan dia masa nak masuk dalam buluh. part ni memang payah sikit la. dapatlah sepuluh batang daripada tiga kilo beras pulut. then, pergi bakar lemang. pembakaran lemang memerlukan 4 jam lebih kurang. api hendaklah tidak terlalu kuat. nnt hanguih la pulek lemang tu. aku ada tolong sikit-sikit la masa bakar lemang ni. selebihnya ayah ngan atuk aku yang jaga. ehehehe
ni gambar ori, aku yang amik. tu dia sepuluh batang lemang dibakar kat luar rumah.
setelah cukup empat jam dibakar selamat lah lemang itu masak dan dimakan oleh aku. banyak gila aku makan. memang layan. semalam boleh mati kekenyangan. pagi makan roti canai. nak cari tenaga buat lemang. tengah hari makan nasi lauk gulai rebung udang. makan petang ibu aku masak mee goreng. petang sikit makan roti aiskrim petangnyaa lagi makan lemang panas-panas. gilaan makan tak hingat. yela kan dah nak puasa kan kenalah makan puas-puas. ehehe. ok lah sampai sini jela.
bye-bye!





