Assalammualaikum
minggu lepas dari hari selasa sampai jumaat, aku sekeluarga bersama family mak usu dan juga yana telah bercuti di bukit gambang resort city. tempat tu memang best! memg tak rugi bercuti di sana. tempat tu agak pedalaman. x maju pon. berdekatan sangat dengan matriks gambang pahang. ok start dengan hari selasa kami bertolak after Zohor. then pukul 5 lebih baru sampai rumah adik pakusu aku. rumah dia dekat pekan pahang. so dari pekan ke gambang tu cuma 30 minit sahaja. so petang tu kiteorg berehat di rumah dia. lagipun kiteorg memang check in keesokan harinya pukul 3.o0 petang. hee.
hihi kegilaan kami bergambar sepanjang dalam kereta
kiteorg pergi sana lalu jalan mersing. bila jalan mersing paham2 je la. line pon 1 2 bar je. then keliling semua hutan.tu yang ngantuk gilaks. RnR pon takda haish. tapi benefit lalu jalan mersing ni, takda tol hehe. so penaja percutian kami save sikit dari segi pembayaran tol just keluar duit minyak sahaja hehe.
hehe penaja percutian kami. pakusu dan ayahanda saya.
then sampai ke pekan.secara jujur aku first time pergi pahang hehe. tu yang gayat sikit tu. ni gambar2 sepanjang berada di pekan!
pekan bandar diraja
yaww. banyak kan gambar. hehe semenanya kami singgah di rumah adik pakusu ni sebb apartment yang kiteorg tinggal kat resort gambang tu, dia yang punya. so kami dapat free penginapan di sana kalau tak! 998 ye puan-puan untuk 3 hari 2 malam. cis mahal x? mahal x? so alang-alang da dapat free. janganlah lepaskan peluang ye tak hehehe. keesokan harinya kami berjalan2 di sekitar bandar kuantan untuk memenuhi masa sampai kol 3. sebab nak check in kan pukul 3. so pergi lah singgah teluk chempedak. cantik sangat pantai dia. tapi meremang bulu tengkuk aku nak dekat dengan pantai dia,sebab kan ada buaya sesat pernah terdampar dekat batu2 teluk cempedak tu. haish, soram acik hehe.
my family hee
gedik je kan nak upload gambar manyak2 cenggini.walhal ada jek photoscape yang boleh upload manyak2 terus. tapi tak puas aa. kocik bonar gamba eh. hikhik walaupon rasa dah lama buang masa kat teluk cempedak tapi jam still menunjukkan pukul 12 tengahhari. cett 3 jam ag woi. dari teluk cempedak ke gambang dalam 20 minit cenggitu. lame ag nak check in. ketiak dah basah dah ni. then benti makan dekat arae2 gambang. dekat restoran burung puyuh gajah. bunting jek lebih. tapi puyoh nya takda. cett.
muka-muka kenyang. hehe. makan lambat cano pon jam still kul 1.30 aduiyai. then redha jek la terus g resort tu. jalan2 kat situ dulu. pakusu terus gi kaunter. rupanya dah leh check in. sebb bilik tu dah siap kemas. hihi. ape lagi berderu g serbu bilik! tak sabar nak nengok apartment yang mahal sangat tu. haha gayat gilaa.
jalan-jalan sekitar resort
muka-muka tunggu check in
hehe ni bahagian dapur aparment tu. kiteorg siap bawak dapur yang kecik. sebb kiteorg masak. so save sikit. kami kan ramai so kenelah masak. tak mampu acik nak makan dekat tempat makan apartment tu compom la mahal kan.hehe.lagipon kiteorang kan dapat fre apartment so x dpt lah package makan dinner bfast and all that. hee
petang tu, kiteorg ingat nak g main motor ride flying fox jungle trekking segala bagai dekat Active Academy tu. tapi kasut semua x bawak. sadis tol. so petang tu ingat just nak round-round resort tu. tetiba nampak swimming pool. hehe apelagi menggeletis semua nak mandi. ingatkan kene pakai swimming suit segala bagai jap agi nengok org lain selamba jek madi pakai track suit. hehe then, one two three lompat lah dalam air hehe
amik gamba dulu sebelum masuk. cover line hehe
disebabkan tak rami orang sangat, dah macam buaya duk merangkak kat swimming pool budak2 hahaha taleh blaaa.
sebelah malamnya, setelah settle masak2 kiteorg pergi main funfair. then beli belah sikit di gift shops. memang rambang mata lah g kedai tu. barang semua cantik2 and harga dia affordable la.
magician show. nadiah dijemput naik pentas buat magik hihi. lovely girll.
Funfair. cam budak kecik jek. naik buat geli-geli keke
gift shopss
yayy! hari khamis la hari di nantikan.kiteorg akan ke bukit gambang water park.heheu pagi tu after sarap nasik goreng. terus pakai baju semalam beli kat gift shops, tak mandi terus gi reception nak beli tiket tram untuk ke water park itu. hehe. satu kepala seringgit. sungguh seronok.
haruslah bergambar sebelum pergi dengan muka tak mandi haha
tunggu tram
muka gembira naik tram! haha
haruslah bergambar di main entrance
gambar sebelah kiri tu tempat ukur. kalau kalian tinggi penguin tu maka FREE lah masuk hehe. bayaran masuk dia 21.90 per adult and 18.90 per child. quite murah kan compared to Water World and Sunway Lagoon. tapi bezanya dia kat pedalaman. water ark dia best! lagi-lagi glacier river dengan Slides! Slides dia banyak gila! tinggal larat tak larat je la nak naik tangga. huh! kiteorg first masuk. haha then mandi dari pukol 10 sampai 5 petang. peh memg syiookk. tapi bila balik. rasa krem satu badan. pukul 8.20 dah tidur! sumpah penat. kaki tangan semua tkleh gerak, nakmakan pon tak larat!mulanya nak masak balik waterpark. tukang masak iaitu ibu aku dan makusu pon dah krem. makanya makan luar lah malam tu hahaha. nak cakap order pon tak larat! haha. then esok harinya check out. :( huu sedih. maka berakhirlah percutia kali ini. sekarang duk rumah tunggu result keluar! aww cuak gilaa. ok lah. sampai sini sahaja jumpa di lain entri.! :)

