CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, January 26, 2011

++ Tag ++


Assalammualaikum.
Pertama sekali nak say thanks kepada cik SAI sebab bagi saya idea untuk buat entry. hehe.

inilah tag nya.
"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."

25 THINGS ABOUT FAU FARAH

1. Nama diberi Nur Farahana binti Mohd Rozi
Maksud nama saya ialah Cahaya Kegembiraan. so no wonder saya seorang yang sangat periang. tapi dulu time SAMURA, dormmates aku panggil aku singa sebab muka aku sangat lah garang kalau aku tak senyum. itu baru tak senyum. kalau aku bad mood, macam mak singa muka aku. wahaha *i admit it*

2. Saya dilahirkan pada 26 Oktober tahun 1990
Oleh itu umur saya secara terperincinya ialah 20 tahun 3 bulan. haha

3. Saya dilahirkan di Hospital Sulatanah Aminah ,Johor Bahru pada pukul 4.15 pagi
bulan Mei ni aku praktikal kat HSA ni lah. nnt nak cari katil mana tempat aku dialhirkan dulu hakhak

4.Saya merupakan anak tunggal kepada Puan Faiza dan Encik Mohd Rozi
Selalu orang cakap aku seorang anak manja. 

5. Sekarang sedang in relationship dengan Mohd Shahmir Shah
sudah almost 4 tahun ber relationship dengan dia.

6. Dahulu saya ber'tadika' di Tadika Shien Thou (tadika cina)
dulu tanpa saya sedar saya pandai cakap cina. sekarang satu hapah tak ingat. wee.

7. Kemudian saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Laksamana dari darjah 1 sampai darjah 6.
tapi saya duduk situ 5 tahun jek. sebab saya budak lompat  haha

8. Then ambil aliran arab di Sekolah Kebangsaan Tun Habab
jadi saya ambil sembilan subjek dalam penilaian menengah rendah. hihi

9. Kemudian saya menyambung persekolahan saya di Sekolah Menengah Sains Muar.
really love this school. dari sinilah aku jumpa ramai kawan. dan di sinilah juga aku berjumpa dengan shahmir shah. hihihihihi *wink-wink*

10. Then pergi intebiu JPA untuk overseas tetapi nasib tak menyebelahi, so sambung ke matrikulasi, KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN.
pilih negeri sembilan sebab dekat sangat ngan kampung ayah aku, setiap hari ahad makanan kat kafe cepat habis. so setiap minggu hari Ahad wan ngan atuk ngn eby ngn anuar datang bawak makanan yang sangat banyak. roti john.roti canai. nasi. ayam kampung masak gulai cili padi *memang masyukk*

11. Kemudian sambung pelajaran ke University Malaya bidang kejuruteraan Bioperubatan
sekarang dah third year second sem. hehe dah nak grad. semoga saya grad pada masanya. Amin.

12. saya mempunyai sebuah skuter EGO hitam bernombor pendaftaran 
JJU 8039
raya cina ni saya dapat kereta pula, ayah saya belikan iswara hijau bernombor pendaftaran NAX 3112. tadi baru dapat berita kereta tu sudah bertukar milik atas nama saya. hehe mekasih ayah ^__^ 

13. saya seorang yang mudah marah tapi cepat cool. 

14. saya mempunyai bantal busuk. 
saya tak boleh tidur tanpa bantal busuk. even balik johor 3 hari pun saya akan bawak. even tidur bilik shafiqah satu malam pon saya kene ada bantal busuk. otherwise, eyebag muncul di keliling mata sebab takleh tidur satu malam.
-__-

15. saya suka menukar handphone. the latest handphone VIVAZ.

16. saya kalau ketawa boleh gegar bangunan haha
kene ubah ni sebab dah nak kahwin kan. kenelah ayu haha

17. saya seorang yang chubby. dari dulu sampai sekarang.
teringin nak jadi slim hahaha

18. saya kalau dating ngan SS, kami wajib dating di Mid Valley.
even kiteorg dating kat TS, tapi nnt mlm mesti pergi Mid jugak. otherwise, kami rasa dating tu x sempurna wahahahaha

19. saya sebenarnya seorang yang cengeng
kalau hati aku terusik tertacing aku mudah nangis. 

20. aku suka lelaki yang comel.
tetiba jek buat statement ni. haha aku dah kering idea -____-

21.oh lupaaa. aku suka sangat kaler Merah dan kedua kaler pink.
sebab red looks hot haha

22. saya berazam nak menurunkan berat badan mengecilkan perut dan peha . ;p

23. dulu saya ada tahi lalat besar. sekarang saya dah buang haha

24. saya tinggal di kota tinggi johor. *otak dah jammed*

25. saya sangat malas gosok baju. hahaha

25 orang yang saya nak tag
Dzay
Oren
Sandy Sasaki
Cik Muniey
Ara Sara

dan follower  yang berminat nak buatlah. pas2 inform saya bila dah buat. nak jugak tahu lebih pasal korang hihi. 

bye ! c:



Monday, January 24, 2011

Arena Ahmad JPA dah masuk!

Assalammualaikum.

sekian lama menanti

sekian lama menunggu

tanggal 25 Januari

baru kau memunculkan dirimu wahai JPA


*bajet jek pandai buat sajak macam ZA* haha

ok this post is specially dedicated to ARENA AHMAD (sila klik nama arena ahmad di sebelah)*haa kan dah caps lock terus* hehe. beliau kata beliau tahu JPA masuk every sem melalui aku. kira aku ni speaker and announcer JPA untuk beliauu. haha. 

''Now, are you happy Arena?" haha. and todayyy you can go for shopping at FOREVER 21. hehehe 

hehe. mood HAPPY di pagi hari. wee~ tapi ada dua benda penting nak ditempuh hari Rabu.
First thing is..
 Lab Report Capstone aku yang tak siap-siap. Li Kim nak esok worr~ ayooo. insya allah boleh disiapkan.
 -_-
and next is..
esok aku ada Prosthetic and Orthotic test. test ini bernilai 30% *macam ada ayat lain yang lagi suitable dari bernilai jek* hehe eventhough it is open notes open book test. tapi cuak tahap babun tu WAJIB ada ye puan-puan.
 btw, doakan saya dipermudahkan menjawab soalan test esok :>
Plus, hari ini aku still berpuasa. diteruskan ke hari kedua memandangkan puasa semalam nampak smooth. Alhamdulillah. :)

oklah sampai di sini sahaja entry ni. nak continue reading the notes. yaw~ tak sabar nak tunggu esok 12 tengah hari. diharapkan semua berjalan dengan lancar. Amin
 *kata orang doa orang yang berpuasa ni mudah termakbul* hihi

ok lah bye :>

Sunday, January 23, 2011

Info Semasa.

Assalammualaikum w.b.t.entry kali ini cenderung kepada sudut info.kadang-kadang nak juga buat entry yang bermanfaat kan. :)oleh kerana hari ini saya berpuasa nazar.
PUASA WAJIB 
Puasa di bulan Ramadhan
Puasa Kifarat
Puasa Nazar

puasa nazar tergolong dalah puasa wajib. dan seeloknya dibuat awal kan.
so kat sini saya nak kongsi tentang :
+++++++
Hikmah berpuasa. setiap perkara dalam dunia ni terjadi semua mesti ada hikmah di sebaliknya. cuma samada kita perasan atau tidak.saya amik secara roughly aje la ye.

pertama, puasa dapat:-



menjaga kesihatan dan melawan penyakit rohani dan jasmani

seperti yang kita tahu. “perut ialah rumah penyakit dan puasa adalah raja segala ubat“. memang betulkan majoriti pembunuh utama seperti sakit jantung, strok, kanser dan sebagainya berpunca kebanyakannya dari pemakanan kita sendiri. 
kedua,dari segi kajian sains pula,
Para ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik dan racun2 dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. In addition, menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” banyak kan kelebihan puasa ni. dulu saya penah dengar orang kata kalau perut buncit maknanya ada penyakit. bila perut kita buncit maknanya kita makan banyak. bila kita makan banyak. banyak penyakit lekat kat badan kita kan. *hipotesis kanak-kanak* haha
next info is Enam rahsia puasa dan syarat-syarat kebatinannya menurut Imam AlGhazali
1. Memejamkan mata dan menahannya dari meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh menganggu hati, seperti melalaikannya dari berzikir dan mengingat kepada Allah.
2. Memelihara lidah dari bersembang kosong, berbohong, mencaci maki, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan riya’.
3. Memelihara pendengaran dari mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan haram pula didengarkan. 
4. Memelihara seluruh anggota yang lain dari membuat dosa seperti tangan dan kaki dan memeliharanya juga dari segala yang dibenci. 
5. Janganlah dia membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun dari makanan yang halal, sehingga terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci oleh Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dari makanan yang halal.
6.Hendaklah hatinya merasa bimbang antara takut dan harap kerana ia tiada mengetahui apakah amalan puasanya itu diterima oleh Allah, sehingga tergolongnya ia ke dalam puak muqarrabin (hampir kepada Allah) ataupun puasanya tertolak maka terkiralah ia ke dalam golongan orang yang terjauh dari rahmat Allah Ta’ala. Perasaan seumpama ini seharusnya sentiasa ada pada diri seseorang, setiap kali selesai melakukan sesuatu ibadat kepada Allah Ta’ala.
hihi. harapnya info ni bermanfaat kepada si reader. hee.
p/s:kepada kaum hawa yang banyak puasa nak di ganti. ganti la awal-awal. nnt tak merana nak dekat bulan Ramadhan nnt :) hee. bye!

23 januari 2011

hahaha taktau nak tulis tajuk apa. tapi menggatal jugak nak buat entry. hee.
actually semalam birthday bestfriend saya. nama dia shafiqah. 
jadi nak wish kat sini. nak buat special entry. kihkih
*idea datang secara tiba-tiba*
'Happy Birthday Shafiqah 
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu'. sorry cause tak bagi hadiah lagi. takda duit la awak. tipu la kalau takda. tapi duit tu tak lebih la :) 
thanks sebab jadi kawan saya. kawan yang terbaik gitu. hihi. sebenarnya saya sangat bangga dengan awak. sumpah susah nak cari kawan macam awak. hihi. plus, awak sangat tabah. bagi saya hidup awak sangat mencabar. kalau saya di dalam kasut awak *umpamaan takleh bla* saya belum tentu kuat macam awak. takpe. kalau awak susah sekarang mesti ada hikmah disebaliknya kan. cuma mungkin awak tak nampak sekarang. hihi *ayat matang aku* 
em malulah nak luahkan isi hati ni lagi. kihkih. kat bawah ni saya upload gambar kenangan saya dan awak k. mesti awak nangis. hahaha 
 






sebenarnya banyak lagi. tapi aku tak jumpa la piqa. gamba kita jalan kat pilah. pergi kl mase matriks. masa g ulu bendul. ilang semua gamba. :( cukup la ni kan. haha. akhir sekali. sayang kamu. hihi <3
wink2.