CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, February 11, 2011

Hangout with them.

Assalammualaikum
entry kali ni aku nak cerita pasal aku pergi hangout dengan coursemate aku semalam.setelah sekian lama tak hangout sama-sama. akhirnya dapat jugak hangout sama walaupon tak cukup korum. hanya aku, lea, aida dan wek jek yang join. tak plan sangat pon nak pergi jalan ni. tetiba masa pergi presentation capstone, wek ajak pergi lunch meatball. jgn main-main der. lunch meatball tu bhai. gaya orang kaya tak. haha. 

kiteorg gi sana naik teksi jek. hee. sampai IKEA pukul 11. perut jgn kata ah, dah keroncong habis. then terus beratur. rupanya meatball dia tak siap masak lagi. 11.30 baru boleh beli. then kiteorang makan appetizer dulu. kihkih appetizer la sgt daim cake tu kan. manisss. kenyang acik. pas2 dengan gaya tamak dah pukul 11.30. aku pergi order meatball 5 biji dan 5 ketul ayam!
nampak tak muka puas ati dapat beli 5 biji meatball ngn 5 ayam -__-
daim cake as an appetizer derr.

omaigodddd. tak hengat-hengat kan. memang mantap ah kan. pas2 dah start makan nyesal order ayam 5. should be order two pieces only. sebab macuk ayam yang ke 2 aku rasa totally full. burrrpppppppppppp! grr. bazir jek tau kau ni fara. syaitoonnn yang suh kau beli 5 pieces tu kau tau x! haha satu ayan tu aku hadiahkan ke Lea. aku makan 4 chicken wing tu. masuk ketiga and keempat. tak licin pon ayam tu. sedihh. then dah abes makan. masing-masing berat bontot nak bangun. pas2 g jalan the curve. sumpah bosan. tah ape tah yang ade kat situ. borinkk gila. plus, kaki aku sangat sakit kerana pakai selipar ROXY murah tu *sebab tak rancang pon nak g jalan kalau tak aku dah pakai kasut lain*kesengalan otot dan urat kaki aku rasa sampai ke lutut tau! pehh.
jalan-jalan di IKEA IKANO dan the curve
 
macam budak kecik
tapi kesian kiteorang dah third year second sem baru sampai kat sini. dulu pikir the curve tu jauh sangat.tade transport nak g. rupanya naik teksi pon bole -___- oo lupa nak cakap kiteorang singgah kat SAFARI kat Ikano tu. kepada pencinta haiwan leh la g sana. macam2 benda comel ada kat sana. sediakan duit jolah hahahaa cantik tempat dia. kalau takat aksesori kucing anjing. banyak gilaa. kereta sorong pon ade. 



gambar haiwan di safari
ok lah sampai sini jek. nak out dulu. bye!


Thursday, February 10, 2011

5 days to go

10 Februari 2011

11 Februari 2011

12 Februari 2011

13 Februari 2011

14 Februari 2011

15 Februari 2011

<3 16 Februari 2011 <3

wee ~ cant wait for that day. 

Tuesday, February 8, 2011

Contest lagi. eh contest ke? tak kesahlah. hehe

Salam warga malaysia :) hehe
tadi sedang buhlog 'jogging' ternampak cik aynie buat entry baru. cik aynie join contest yang dibuat oleh cik muas hee. tatau eh skang asal suka join contest. tapi suka join contest yang simple2 jek. yang susah payah tak pat der hamba nak join ngee.

nama contest or segmen ni ialah senyum tak nampak gigi. tapi cam kreatif gak contest ni kan. simple jek kan. hehe. jap aku cari gambar aku yang senyum tak nampak gigi haha. ade ke ek. jap acik pergi carik kojap.

eh ada rupanya. kihkih. acik dapat kesan duo jek gamba acik senyum tak nampak gigi. tadaaaaaaaaaaaaaa! >.< haha


hee. ni gamba masa on the way pergi dating ngehehe

yang ni gambar time nak keluar makan pada suatu ketika. hehe

dan yang ni kalau nampak gigi. saje jek nak compare hahaha





ok dah setel dah tugasan nak join contest ini. now its time to tag people to join this contest. orang pertama ialah acik juhaida haha. kemudian acik sandy. kemudian cik munieyy. :)) kemudian cik haziqa anis dan kepada blogger yang berminat. dipersilakan sangat-sangat. hehe.

ok lah sampai sini jek. selamat join contest XD hee bye!




Monday, February 7, 2011

Just for sharing.


Assalammualaikum.
entri kali ini berunsur info.
sedang mengusha-usha facebook semalam, terperasan kan satu Notes ni. Notes di share oleh rakan saya Dila Zakaria atau nama glam dia Felix hee.
selamat membaca :)

“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”



I’m so confused..

Kenapa orang kecil kan hati kita, kita pulak yg berdosa?
Then I asked my dad what’s that mean.

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa.
Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa.
Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.

Anak: uiikk.. tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?

Ayah: Kerana orang yg menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.

Anak: *blur



Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia.
Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.

Anak: Ooooooo… ook….

Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia,…..” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.

Anak: *termakan cili

So, the conclusion is.. jangan mudah terasa hati.. Maknanya kita tak redha dengan Allah..Nanti Allah pun tak redha dengan kita.. 

dipetik dari buhlog ini yang penuh dengan informasi berguna :)

p/s : Ya allah, tentang tacing menacing pun dah tertulis rupanya. singkatnya ilmu bila tatau benda kecik macam ni. -___- takutnya.
Renung-renungkanlah.
Bukan semua manusia itu sempurna.


“Pandanglah wajah sahabatmu dengan wajah yg manis walaupun hatimu tengah menangis”
*susah nak amalkan menda ni kan dalam kehidupan seharian* hmm

just for sharing. thats all:)
thank youu.