assalammualaikum
*awas entry sangat panjang,tak perlu baca kalau otak penat* ^^
setelah sekian lama tak update buhlog.hari ini baru ada mood nak update blog.setelah berbagai onak dan duri diharungi.alhamdulillah selesai semua perkara dengan mudah.*selesai ke?* haha just forget it.aku ingat last aku update blog 16 februari aritu. yang post pasal anibesari aku tu kan.tapi post terpaksa di draft kan semula kerana yang sticky note yang comel tu buat hal. tatau apesal. marah!-__- the next reason kenapa aku tak update blog. perasan tak blog post aku berdouble.spoil mood aku tol. malas aku nak betulkan. nanti aku rajin aku betulkan balik hokeh! huu
so nak cerita. 19 Februari haritu. aku ngan empat orang kosmet aku yang lain pergi berjalan-jalan makan hangen di Melaka. memang dah lama rancang nak pergi Melaka ni.dari semesater lepas kut. tapi kerana banyak sangat kekangan. akhirnya hanya kami berlima jek pergi.
Dari Kiri : Fau Farah Bunga Angkasa Nadjwa Zulkifli Jue Aida Azalea Anis
hahaha macam comel pulak susun lima gambar macam ni. wee~
kiteorang pergi sana sewa kereta u olls. mula mula memang nak sewa kancil. tapi kiteorang dapat honda civic. nama jek gah. tapi panas dalam tu. sebab aircond dia angin jek. plus seat dia sangat panas. aku rasa macam punggung aku tengah wat BBQ -___- serius tak selesa.
so kiteorang gerak pukul 11 macam tu kut. pergi isi perut kat PELITA nasi kandar. then tak silap pukul 12 baru mulakan perjalanan. lalu highway PLUS. then pukul 1 30 kiteorang decide pergi melawat zoo Melaka. murah jek masuk 7.00 per adult. kawasan zzo tu besar. so kiteroang decide nek trem jek satu kepala 2.00. lagipun kiteorang gi melaka ni bukan untuk melawat zoo jek. so naik trem jimat masa. hihi
*mood aku tengah rajin. so aku nak upload gambar banyak-banyak hihuhe*
bergambar di main entrance
4 dara bergambar di hadapan tram
time ni ada pertunjukan hidupan liar
ini lah kereta yang kami sewa. hee
ok next destination is Mahkota Parade. kiteorang solat dan makan lagi di situ. kira macam lunch ah. ehe
tempat parking kat mahkota parade. smart tak gambar ni.
muka-muka lapar
tapi ada kejadian tak diigini berlaku di Mc Donald Mahkota Parade ni. time aku tengah beratur amik sos. eh silap cerita dia bermula bila kasut wedges aku tertanggal time jalan kat zoo. so after solat aku pon belilah selipar 10 ringgit. wedges aku tu aku pon masukkan dalam beg plastik. masa ambil sos aku pon letak kasut tu sementara aku pam2 sos tu kan. oleh kerana terlalu ghairah nak makan. aku pon ngan bangganya pergi duduk kat meja. memang lupa terus pasal kasut wedges aku yang pada asalnya aku nak antar kat kedai kasut bila kau balik johor nanti. harapan tinggal harapan. dah nak dekat area taming sari baru ingat pasal kasut. sedih tul. memang tak ah nak patah balik kan. huu sedey. aku halalkan lah siapa yang ambil atau pun siapa siapa yang buang kasut aku dalam tong sampah. mekasih banyak-banyak -___- kejap jek sedih. pastu ambil2 gambar semula. pastu beli tiket nak naik menara taming sari hihu. 10 hengget jek. kalau nak jalan melaka jangan lupa bawak MyKad. nanti dapat murah hee.


muka batak tunggu giliran nak naik taming sari
seorang 10 hengget 5 orang 50 hengget. wee
bergambar masa naik taming sari.
pemandangan dari atas. kecik cam syemutt.
next destination pergi naik tangga gi Kota Afamosa. sumpah penat. time ni aku rasa exhausted gila. dah tak rasa kaki dah. pastu aku ada belikan ole-ole untuk ayah ngan ibu. lupa nak beli ole-ole untuk camir cah. hikhik
muka penat.
then kitaorang pergi jalan kat kincir air dengan river cruise. *dah penat menaip dah semenanya haha*then nak dekat maghrib kami pun bertolak balik KL. aku tidur sepanjang jalan pulang ke KL.sedar2 jek dah sampai. ju bawak civic cm bawak jet. ngahaha. pergi solat kat Petronas TPM. then teruskan perjalanan ke Ampang Look Out Point. disebabkan minyak sangat banyak. lama gila nak sampai sebab tatau jalan.nak dekat kol 12 makan kat restoran yang atas tu. mahal siott.
view from restoran atas
maka berakhirlah perjalanan kami. pukul 2 pagi baru sampai kolej. jalan sakan. tapi jangan kata lah penat dia. kalau aku ni handphone memang dah berkelip-kelip ah lampu merah haha. dah sampai sini jek! aku penat. bye! haha
terima kasih sebab sudi baca. hihi