CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, March 11, 2011

Welcome To My Life

Salam semua
cewah tajuk entry nak bajet lagu Simple Plan kan.so di sini secara rasminya saya ingin mengucapkan selamat datang kepada encik HECTIC month. arrghh kini bermula lah hidup sebagai seorang pelajar. *ceyh selama ni bukan student ke?*

 haha pada tahap ini, hati memberontak taknak belajar, rasa macam keje lagi best sebab dapat pegang duit, bebas dari assignment dan yang paling pentingggg time kerja takda FINAL exam. hahaha.tapi ramai orang kata time study ni la kena hargai sebab takde time lain yang lagi best melainkan time jadi student. aku agak setuju gak lah part tu. yela kalau takda kelas boleh keluar g tengok wayang keluar jalan-jalan. kalau dah kerja mana leh tengok wayang time ofis hour doh.tu namanya mengular dan makan gaji buta.haram hahaha kira time student ni FREE.takda tanggungan.tapi tulah student macam aku ni tak bersyukur. padahal suruh buat assignemnt je pun. tu pun malas. x faham. tapi kalau dah nak 5 6 assignment, boleh sempit otak aku woo.kalau dah test tiap minggu.boleh bocor jugak otak aku ni. *camana otak bocor?* abaikan haha. di kala stress dan tension menyulubungi diri rasa nak keluar ngn camir cah pun membuak-buak *ni namanya gedik* haha. tapi dia pun sebok buat model bangunan dia.kesimpulannya sekarang ni semua orang sedang sibuk menempuh final sem di mana final exam just around the corner dan projek dan aseimen yang perlu disiapkan sangat lah banyakk.takda jalan lain.kena tempuh je la. kena juga siapkan before due date. -___-


gambar selingan
.he is wearing my spectacles.aww.haha
tadi dapat keluar 2 jam jek sebab credit hour yang lain telah di transfer kepada si ASSIGNMENT. -__-
oklah sampai sini jek post mengarut saya.next time saya update lagi. bye!

p/s:nak sambung nengok cita SAW. aseimen ada jek sebelah laptop.tapi magnet kat laptop tarik saya berbanding dengan kertas-kertas aseimen. hahaha 




Tuesday, March 8, 2011

Kelas menunggang motor

Assalammualaikum kalian ^^
huh.akhirnya berakhir jugak test 1 Mechanics of Machines.maka tamatlah azab untuk minggu ini.walaupun test tu open book.macam biasa, bukan kompem pun jawapan tu betul kan.lain lah kalau SPM bawak buku.memang totally help la kan kan kan.kompem la i dapat A+ for all subjects hahaha.ok dah abaikan test.

ok back to the story.ye petang tadi after test terus press minyak skuter i yang kaler itam tu pergi third.konon2 dah perah otak untuk test tu so laparlah kan.haha.makan maggi goreng mamak.nyum nyum sedap yaw.penuh dah perut.masa makan tu dah plan nak ajar cik aida bawak motor.tadela motor sangat pun.nama lainnya ialah skuter EGO ngahaha.then bawak la pergi belakang fakulti bahasa dan linguistik.kat situ jalan tak sibuk sangat.so memang sesuai sangat untuk proses pembelajaran di situ. hahaha. kat bawah ni gambar ikut sequence. hehew.
belajar start. mula2 tarik brek dan tekan jek starter tu.
passed.
belajar jalan lurus.nampak macam passed.haha
belajar belok tanpa menjejakkan kaki ke tanah.hahaha
*nape tengok kiri?walhal jalan tu bukan ada kereta lalu pun haha.kidding*
ye nampak tak dia passed.lihat kaki dia x jejak. hahahaha

selesai.lihat muka beliau tersenyum puas da selesai proses pembelajaran.haha 
tahniah cik aida.lepas ni dah boleh bawak g kelas ye.bonceng saya.hahaha tapi akurasa kena keluar awal kut.mungkin 20 minit baru sampai hahahaha.

oklah sampai sini jek post saya untuk kali ini. kepada cik aida. next time kita buat lagi kelas ye. ^^ haha




Monday, March 7, 2011

Test Mode

eh sebijik pulak front page buku ni dengan buku aku hahaha

sekarang ni aku tengah study untuk test esok petang.tajuk subjek ni ialah mechanics of machines. tah kenapa sejak masuk universiti aku jadi bangang fizik.mungkin kurang latihan+kemalasan yang melampau. so setelah dikaji-kaji sepanjang 6 semester ni.aku perasan asal subjek yang prof ni mesti aku dapat C.sadis gak ah :'(.

J
A
D
I


sem ni aku nak cabar diri aku sendiri. 
'taknak lagi dapat C atau C+ untuk subjek Prof Wan Abu Bakar'
peh.peh.peh.boleh ke tak ni eh.kene cuba dulu. t keluar result sem ni aku btau kahkah. kalau bagus aku btau ah.kalau tak harapan ah. hehehe.

oklah nak study ni.esok test ni open book.tapi aku tau open book pon belum tentu boleh jawab -___-
wish me luck dear readers. semoga aku tak dapat C atau C+ untuk subjek prof ni lagi. 
AMIN~ ^^


Friday, March 4, 2011

kami







kegilaan kami di TBS.jakun dapat online guna TBS hotspot. ngahaha.

mekasih lalink sudi teman i sampai lobi berlepas. :'> terharu duh~ kihkih 

p/s saje nak show off shawl baru.5 hengget jek.beli lepas mama char kuey teow tepi vista.haha