semalam before shahmir shah balik Kluang, pergi date dulu. pergi mid valley. rasa lama gila tak pergi mid valley. dulu takda kereta. tak panjang langkah. pandang mid jek. sekarang dah tak dah. belagak dah ngan mid. tapi pergi mana-mana pun mid jugak aku rasa tempat paling aku sebati ngan shahmir shah. haha takleh blah kan. em tak kesahlah mana-mana pun. asal hati happy. ye tak? ehehe
semalam habis kelas awal. patutnya habis pukul 1 tapi pukul 11.30 dah habis. memang meriah la kan aku. tapi should be ada industrial talk pukul 1. hati dah berbelah bahagi dah ni masa dalam kelas. sebab dah janji ngan shahmir nak hantar pergi KTM. industrial talk tu compulsary. dah tension dah ni pikir. nak lunch ngan shahmir atau industrial talk. kul 11.30 redah jek keluar ngan shahmir terus gi Mid. sampai Mid mampus tak ingat dah industrial talk tu. siap pergi beli tiket wayang pukul 1.30 hahaha. beli lah tiket Dilarang Masuk. genre cerita ni Horror. aku ni mana boleh tak tengok cerita hantu. peminat nombor 1 cerita hantu. tapi penakot nauzubillah hahaha pastuh rasa cam awal lagi. pergi makan mcD. lunch hour kan murah sikit. hehe. ok sebenarnya aku nak cerita pasal movie ni
jeng
jeng
ini posternya
komen aku pasal cerita ni. sumpah rasa nak bakor panggung tu. dah lah kurang dialog. gaya cam nak buat cerita SAW. tapi cam tak sampai tahap SAW. nak buat cerita hantu tapi takda hantu. watak utama dia pun tak popular. lepas tu esma daniel berlakun aku tatau ape fungsi dia. doktor ke penjenayah ke. derhh~~ sumpah aku rasa nak lari dari panggung tu pergi industrial talk hahaha *tipu tak* dan paling bangang sekali last sekali tetibe jek ada quote keluar macam ni
'Penjualan organ adalan satu jenayah yang berleluasa di Malaysia'
tak pepasal keluar quote ni. tadi cito dilarang masuk tajuk eyh jap laie keluo quote ni. acik pon poning dok mikir apo kaitannyo. ayoyoyoyo! haih~~ then habis jek cerita ni. hati aku serta merta jadi sayu *taleh bla gila* haha. yela pasni keluar jek parking terus berhenti tepi KTM turunkan shahmir pastu tak jumpa dah. cam sedih lah gaya perpisahannya. ngengada gila. eheh. semenanya bertambah sayu lagi sebab aku kena drive dari Mid sampai UM. peh cuak bhai. perasaan cuak aku melawan perasaan sedih aku nak pisah ngan shahmir. hebatkan rasa cuak aku. yelaa aku ni belum mahir sangat drive. kalau aku drive pun mesti ada orang kat sebelah. aku pernah drive sorang pun dari 5th ke 11th yang jaraknya macam sekangkang kera. haha. then aku duduk jek kat tempat driver tu terus tak pandang shahmir dah. apa dia cakap pun aku tak dengar dah. dok nangis nebes nak drive lagi nak babai dia lagi jap lagi lagu sedetik lebih pulak berkumandang. memang makin leleh habis lah kan. hahaha
aku tengok jam kul 3. pastu aku pikir highway depan Seoul Garden tu mesti tak jammed lagi. then aku doa sangat traffic light kat bukit stesen universiti tu HIJAU. sesungguhnya doa aku tak dimakbulkan. masuk jek highway jammed gila. then sampai traffic light tu MERAH ok. aku dok usha kereta belakang aku. *yela buat kira-kira kut terundur ke* haha takleh bla kan. akhirnya selamat lah juga aku sampai di UM. fuh. rasa bangga dengan diri sendiri. akhirnya berjaya juga bawak kereta. dalam erti kata lain. dah pandai. hehe. ok lah sampai sini ja. lain kali cerita lagi bye2! :)




