CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 7, 2011

Subject Registeration

Assalammualaikum

Pagi ini aku bangun awal tak seperti selalu. selalunya selepas Subuh, aku tidur balik sampai pukul sembilan. iskiskisk teruk betul anak dara ni. tidur lepas subuh tak elok sebenarnya. tapi mataku tidak membenarkan aku buka lalu aku terus beradu ehehe. aku pun tak tahu kenapa aku nervous gila untuk register subjek kali ini. aku bukannya budak fakulti sains yang memerlukan aku berebut-rebut untuk memilih tarikh lab. tapi mungkin sebab aku tahun akhir, so kena decide betul-betul untuk ambil subjek apa. wah dah Final Year takutnya nak menghadapi thesis. T________________T

Jadi pagi ni pukul 8 pagi aku dah bangun. bukan sebab aku nak bangun tapi sebab aku tak boleh tidur dah. sebab otak tak berhenti berfikir. kalau kita berfikir kan kita tak bole tidur kan. so bangun jek kemas tempat tidur terus sapu bilik. aku pun tatau napa aku rajin bebenooo sapu rumah hari ini. untuk pengetahuan, aku sangat malas nak menyapu. hahaha. tapi mungkin sebab ibu aku baru beli penyapu baru. ehehe iaituuuuu

hehe micro fibre mop

belilah korang. bagus untuk sapu bawah katil. senang jek ganu nya. tarik tarik tolak tolak. hahahaha.pastu puas hati dapat hasil banyak  kat pad dia tu. arini berapa minit je aku da siap sapu satu rumah. dust pan tidak diperlukan sama sekali! ehehehe

so berbalik pada cerita register subjek tadi. so setakat ni aku dah register 15 jam kredit. 

okay boleh klik untuk tumbesaran yang lebih sihat hee

setakat ni. inilah keputusan yang telah dibuat. harapnya ianya pilihan yang tepat. secara ringkasan jadual saya.

ISNIN     - 1000 - 1300 
                       dan 1400-1600
SELASA - 1000 - 1150
RABU     - 0900 - 1200 
                         dan 1400 - 1700
KHAMIS - 1000 - 1300 
                         dan 1400 -1600
JUMAAT - 1500 - 1800 

jadual kelas tidak lah terlalu padat. hehe. banyak masa dating. huahua. taklah banyak masa boleh studyy. studyyy la sangatttttttt. oh kene study dah tahun akhir. ada dua kali jek lagi peluang untuk baiki mana yang perlu. okay macam biasa setiap sem, harapan nya tetap sama. nak mantapkan pointer dan berdoa untuk dapat tiga pointer. insya allah. Amin. doakan saya ye ;)

sekian sahaja. bye-bye.

Wednesday, August 3, 2011

4 Ramadhan 1432H

Assalammualaikum

Alhamdulillah hari ini dah puasa yang keempat dah pun. so far macam okay puasa aku tahun ni. cuma puasa kedua hari tu perut aku masuk angin. menggelatat aku dibuatnya. tidur jek keje aku sebab kalau tak tidur nanti aku muntah. kang batal pulak puasa aku. ahaha. tapi tahun ni puasa paling seronok. sebabb aku akan dapat menjalani puasa aku selama 29 hari ni bersama keluarga dan lebih penting di rumah ehehe. dah lama ouh tak puasa kat rumah since aku form 4 kat SAMURA. nak dekat lima tahun jugak aku puasa di tempat orang. akhirnya tahun ni dapat puasa di rumah. cuma kelebihan puasa kat tempat orang ni, balik rumah mesti nak dekat raya, so aku tak smepat la tolong ibu aku wat persiapan raya. sebagai contoh mop, kemas rumah dan buat kuih raya. balik-balik jek tau-tau bilik dah cantik rumah dah cantik dah siap kemas huhui tahun ni aku la gamaknya kena buat semua benda tu. exercise *pikir positif* lagipun takpa la kan apa salahnya belajar buat kuih raya. kan dah 21 tahun hihi. *pikir positif lagi* hahahahaha. 

ok lah. selamat berpuasa semua jangan lupa pergi terawih *pesan untuk diri sendiri sebenarnya ehe*

bye!

saya percaya bahawa

Permulaan sabar itu pahit, tetapi manis akhirnya 

 
;)

Sunday, July 31, 2011

homemade lemang

Assalammualaikum

hari ini Chef Fau Farah nak ajar cam mana orang negeri sembilan buat lemang. huhi kebetulan semalam, masa wan (panggilan untuk nenek aku) aku buat lemang, aku hadap dari A sampai Z. so aku dapatlah gain sikit-sikit knowledge semasa proses hadap itu. dah boleh masakkan camircah kalau dah tawen nanti. kuikui. 

dulu masa aku kecik-kecik aku tak makan lemang. aku sangat tak suka a.k.a anti lemang. wan aku pun tau. aku rasa dia mesti kecik hati aku x makan dulu. susah payah dia buat. cucu dia yang lain makan jek. aku jek tak makan. al maklum aku sorang jek cucu johor yang lain semua cucu negeri sembilan. ehehe tapi dah besar ni aku macam dah boleh adapt dengan lemang tu.. aku pun tak sedar bila aku start suka lemang ni. dulu masa kecik-kecik aku tatau pun proses buat lemang ni camana. kesusahannya. tau-tau dah siap jek hidang atas meja. dulu lenjan main dengan sepupu-sepupu sekarang dah besar kena duduk dapur jugak time masak-masak. bak kata orang-orang tua, "alaa, perempuan belajar tinggi-tinggi pun duduk kat dapur gak". tapi memang ye. aku sangat kagum dengan perempuan yang lincah di dapur dan masak sedap. *__* sila serahkan kemahiran tu pada saya. hehe

jadi sekarang lets start learning. hehe okayy. bahan-bahan yang diperlukan ialah

pelepah pisang atau daun pisang

pemilihan daun pisang ni pun penting. kena cari muda sebab masih lembut. tapi kena hati-hati jangan sampai daun ni koyak atau senang cita jangan ambil daun yang koyak. hahaha

santan

santan kelapa haruslah ori. kalau tak ori em tak sedap la kut. aku pun tatau. wan aku amik empat biji kelapa pastu ramas-ramas dan perah santannya.

buluh

pemilihan buluh juga tidak boleh diambil mudah. aku tatau la camana atuk aku pilih. tak penah lak ikut pilih buluh lemang.

beras pulut

nak buat lemang kenalah pakai beras pulut, takleh la pakai beras biasa ye puan-puan ehehe

garam

sedikit garam diperlukan dan dicampakkan ke dalam beras pulut yang direndam di dalam santan.


maaf ye gamba ni semua ihsan dari google, terlupa nak ambik gambar masa wan aku buat. sebab khusyuk bebenor. ehehehe

yang paling susah nak buat lemang ni, part yang nak salur daun pisang dalam buluh. payah ouh nak buat dia. kena pastikan daun tak koyak. dan pastikan daun tu betul-betul tergulung kat dalam buluh tu. wan aku gulung guna batang pelepah. then kepitkan dia masa nak masuk dalam buluh. part ni memang payah sikit la. dapatlah sepuluh batang daripada tiga kilo beras pulut. then, pergi bakar lemang. pembakaran lemang memerlukan 4 jam lebih kurang. api hendaklah tidak terlalu kuat. nnt hanguih la pulek lemang tu. aku ada tolong sikit-sikit la masa bakar lemang ni. selebihnya ayah ngan atuk aku yang jaga. ehehehe

ni gambar ori, aku yang amik. tu dia sepuluh batang lemang dibakar kat luar rumah.

setelah cukup empat jam dibakar selamat lah lemang itu masak dan dimakan oleh aku. banyak gila aku makan. memang layan. semalam boleh mati kekenyangan. pagi makan roti canai. nak cari tenaga buat lemang. tengah hari makan nasi lauk gulai rebung udang. makan petang ibu aku masak mee goreng. petang sikit makan roti aiskrim petangnyaa lagi makan lemang panas-panas. gilaan makan tak hingat. yela kan dah nak puasa kan kenalah makan puas-puas. ehehe. ok lah sampai sini jela. 
bye-bye!