CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 9, 2011

OST Tolong Awek Aku Pontianak

Assalammualaikum


hihi currently addicted kat lagu Pretty Ugly ni!

Last week aku beli DVD Tolong Awek Aku Pontianak. cerita ni aku nak tengok sangat kat wayang especially dengan shahmir shah. tapi hajat tak kesampaian. masa aku keluar dengan dia masa tu cerita ni dah habis ditayangkan. kecewa di situ. mungkin cerita ni kurang dapat sambutan. T____T

tapi aku tak kira, aku bagi EMPAT bintang cerita ni sebab ada zahiril adzim dan sazzy falak yang kiut miut. ouh. selama ni tak sedar pun si sazzy falak ni lawa. tapi dalam cerita ni aku tak dapat menolak bawahasanya dia sangat syomel. aww. part last yang dia dancing berdua diiringi lagu ni. terbuai-buai aku. hihihi. layan sesorang. wink-wink. oklah kalian cubalah tonton cerita ni. dan selamat melayan video di atas ^_______^

Sunday, August 7, 2011

Subject Registeration

Assalammualaikum

Pagi ini aku bangun awal tak seperti selalu. selalunya selepas Subuh, aku tidur balik sampai pukul sembilan. iskiskisk teruk betul anak dara ni. tidur lepas subuh tak elok sebenarnya. tapi mataku tidak membenarkan aku buka lalu aku terus beradu ehehe. aku pun tak tahu kenapa aku nervous gila untuk register subjek kali ini. aku bukannya budak fakulti sains yang memerlukan aku berebut-rebut untuk memilih tarikh lab. tapi mungkin sebab aku tahun akhir, so kena decide betul-betul untuk ambil subjek apa. wah dah Final Year takutnya nak menghadapi thesis. T________________T

Jadi pagi ni pukul 8 pagi aku dah bangun. bukan sebab aku nak bangun tapi sebab aku tak boleh tidur dah. sebab otak tak berhenti berfikir. kalau kita berfikir kan kita tak bole tidur kan. so bangun jek kemas tempat tidur terus sapu bilik. aku pun tatau napa aku rajin bebenooo sapu rumah hari ini. untuk pengetahuan, aku sangat malas nak menyapu. hahaha. tapi mungkin sebab ibu aku baru beli penyapu baru. ehehe iaituuuuu

hehe micro fibre mop

belilah korang. bagus untuk sapu bawah katil. senang jek ganu nya. tarik tarik tolak tolak. hahahaha.pastu puas hati dapat hasil banyak  kat pad dia tu. arini berapa minit je aku da siap sapu satu rumah. dust pan tidak diperlukan sama sekali! ehehehe

so berbalik pada cerita register subjek tadi. so setakat ni aku dah register 15 jam kredit. 

okay boleh klik untuk tumbesaran yang lebih sihat hee

setakat ni. inilah keputusan yang telah dibuat. harapnya ianya pilihan yang tepat. secara ringkasan jadual saya.

ISNIN     - 1000 - 1300 
                       dan 1400-1600
SELASA - 1000 - 1150
RABU     - 0900 - 1200 
                         dan 1400 - 1700
KHAMIS - 1000 - 1300 
                         dan 1400 -1600
JUMAAT - 1500 - 1800 

jadual kelas tidak lah terlalu padat. hehe. banyak masa dating. huahua. taklah banyak masa boleh studyy. studyyy la sangatttttttt. oh kene study dah tahun akhir. ada dua kali jek lagi peluang untuk baiki mana yang perlu. okay macam biasa setiap sem, harapan nya tetap sama. nak mantapkan pointer dan berdoa untuk dapat tiga pointer. insya allah. Amin. doakan saya ye ;)

sekian sahaja. bye-bye.

Wednesday, August 3, 2011

4 Ramadhan 1432H

Assalammualaikum

Alhamdulillah hari ini dah puasa yang keempat dah pun. so far macam okay puasa aku tahun ni. cuma puasa kedua hari tu perut aku masuk angin. menggelatat aku dibuatnya. tidur jek keje aku sebab kalau tak tidur nanti aku muntah. kang batal pulak puasa aku. ahaha. tapi tahun ni puasa paling seronok. sebabb aku akan dapat menjalani puasa aku selama 29 hari ni bersama keluarga dan lebih penting di rumah ehehe. dah lama ouh tak puasa kat rumah since aku form 4 kat SAMURA. nak dekat lima tahun jugak aku puasa di tempat orang. akhirnya tahun ni dapat puasa di rumah. cuma kelebihan puasa kat tempat orang ni, balik rumah mesti nak dekat raya, so aku tak smepat la tolong ibu aku wat persiapan raya. sebagai contoh mop, kemas rumah dan buat kuih raya. balik-balik jek tau-tau bilik dah cantik rumah dah cantik dah siap kemas huhui tahun ni aku la gamaknya kena buat semua benda tu. exercise *pikir positif* lagipun takpa la kan apa salahnya belajar buat kuih raya. kan dah 21 tahun hihi. *pikir positif lagi* hahahahaha. 

ok lah. selamat berpuasa semua jangan lupa pergi terawih *pesan untuk diri sendiri sebenarnya ehe*

bye!

saya percaya bahawa

Permulaan sabar itu pahit, tetapi manis akhirnya 

 
;)