Saturday, September 17, 2011
Friday, August 26, 2011
27 Ramadhan 1432H
Assalammualaikum ;)
alhamdulillah dah sampai 27 Ramadhan dah. lagi dua hari je umat islam nak sambuat Hari Raya Aidilfitri. di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada yang sudi membaca blog hodoh saya ni. haha. raya jemput lah datang rumah di Kota Tinggi Johor. kalau nak datang betul-betul boleh la pm saya. nanti saya bagi alamat hee.

gambar hiasan
blog ini diabaikan buat sementara waktu kerana lately sangat sibuk. sibuk membuat persiapan raya. huiyai. sungguh penat. kemas rumah. buat kuih. kuih raya yang dibuat sebanyak 6 bangsa. kalau nak rasa datang la rumah. hehew. then beli baju raya. *yang ni tak penat sebab dapat shopping banyak baju*.wuwuwu. yang part kemas rumah palingg penat. gila tol. satu rumah nak disapu satu rumah nak dimop. peh rasa macam nak putus nyawa. yang pasti rumah dah cantik dan sangat bersih sampai boleh betul tudung dekat mozek tau! hehe
tahun ni baju raya dibeli sebanyak enam pasang. hehew. sukaa. tahun ni raya sakan sebab tengah bercuti panjang. no need to think about assigments, tests, lectures and watsoeva. just focus and enjoy the Eid! best woo. tahun ni tema pagi raya ialah BLUE colour.
ini colour biru. pagi raya punya. sedondon dengan ibuu. full view. tunggu raya. ehehe
ni colour hijau. hijau ni pelik siket. sampai skang aku tak jumpa tudung yang sesuai nak dipakai stress -__-"
ni colour kuning.
chocolate @ brown
purple
and last but not least
black
ni je baju yang dibeli untuk tahun ni. selebihnya pakai baju dinner dan baju tahun2 lepas. ehehe.oklah sampai sini dulu! esok nak balik kampung Kuala Pilah, Negeri Sembilan. ;) jemput lah datang raya kat sana jugak kalau sudi! ehe. nanti rajin saya update lagi. bye!
Tuesday, August 9, 2011
OST Tolong Awek Aku Pontianak
Assalammualaikum
hihi currently addicted kat lagu Pretty Ugly ni!
Last week aku beli DVD Tolong Awek Aku Pontianak. cerita ni aku nak tengok sangat kat wayang especially dengan shahmir shah. tapi hajat tak kesampaian. masa aku keluar dengan dia masa tu cerita ni dah habis ditayangkan. kecewa di situ. mungkin cerita ni kurang dapat sambutan. T____T
tapi aku tak kira, aku bagi EMPAT bintang cerita ni sebab ada zahiril adzim dan sazzy falak yang kiut miut. ouh. selama ni tak sedar pun si sazzy falak ni lawa. tapi dalam cerita ni aku tak dapat menolak bawahasanya dia sangat syomel. aww. part last yang dia dancing berdua diiringi lagu ni. terbuai-buai aku. hihihi. layan sesorang. wink-wink. oklah kalian cubalah tonton cerita ni. dan selamat melayan video di atas ^_______^
Sunday, August 7, 2011
Subject Registeration
Assalammualaikum
Pagi ini aku bangun awal tak seperti selalu. selalunya selepas Subuh, aku tidur balik sampai pukul sembilan. iskiskisk teruk betul anak dara ni. tidur lepas subuh tak elok sebenarnya. tapi mataku tidak membenarkan aku buka lalu aku terus beradu ehehe. aku pun tak tahu kenapa aku nervous gila untuk register subjek kali ini. aku bukannya budak fakulti sains yang memerlukan aku berebut-rebut untuk memilih tarikh lab. tapi mungkin sebab aku tahun akhir, so kena decide betul-betul untuk ambil subjek apa. wah dah Final Year takutnya nak menghadapi thesis. T________________T
Jadi pagi ni pukul 8 pagi aku dah bangun. bukan sebab aku nak bangun tapi sebab aku tak boleh tidur dah. sebab otak tak berhenti berfikir. kalau kita berfikir kan kita tak bole tidur kan. so bangun jek kemas tempat tidur terus sapu bilik. aku pun tatau napa aku rajin bebenooo sapu rumah hari ini. untuk pengetahuan, aku sangat malas nak menyapu. hahaha. tapi mungkin sebab ibu aku baru beli penyapu baru. ehehe iaituuuuu

hehe micro fibre mop
belilah korang. bagus untuk sapu bawah katil. senang jek ganu nya. tarik tarik tolak tolak. hahahaha.pastu puas hati dapat hasil banyak kat pad dia tu. arini berapa minit je aku da siap sapu satu rumah. dust pan tidak diperlukan sama sekali! ehehehe
so berbalik pada cerita register subjek tadi. so setakat ni aku dah register 15 jam kredit.
okay boleh klik untuk tumbesaran yang lebih sihat hee
setakat ni. inilah keputusan yang telah dibuat. harapnya ianya pilihan yang tepat. secara ringkasan jadual saya.
ISNIN - 1000 - 1300
dan 1400-1600
SELASA - 1000 - 1150
RABU - 0900 - 1200
dan 1400 - 1700
KHAMIS - 1000 - 1300
dan 1400 -1600
JUMAAT - 1500 - 1800
jadual kelas tidak lah terlalu padat. hehe. banyak masa dating. huahua. taklah banyak masa boleh studyy. studyyy la sangatttttttt. oh kene study dah tahun akhir. ada dua kali jek lagi peluang untuk baiki mana yang perlu. okay macam biasa setiap sem, harapan nya tetap sama. nak mantapkan pointer dan berdoa untuk dapat tiga pointer. insya allah. Amin. doakan saya ye ;)
sekian sahaja. bye-bye.
Subscribe to:
Posts (Atom)


