hehe assalammualaikum. :) setelah sekian lama tak mengupdate buhlog akhirnya terupdate jugak. sepanjang cuti raya cina. bukak buhlog. dah klik dah new post. pastuh gi dapur jap, terbehenti di depan TV pastu terus lupa nak masuk bilik, pastuh ibu ajak keluar, lalu terus SHUT DOWN lappy saya. maka akhirnya tak terupdate blog ini. hehe yang sempat nya tukar template jek. sebab tukar template tak perlu memerah otak nak taip macam buat post kan. hee settle bab pendahuluan.
ok masuk pertengahan, em nak cerita yang mana ek. nak cerita pasal aktiviti saya time cuti mid sem aritu. cm banyak sangat pulak aktiviti dibuat. maleh pulak acik nak story haha. tapi nak cerita pasal banjir yang melanda kota tinggi. alhamdulillah banjir kali ini tak teruk sangat macam hujung tahun 2006 dengan awal tahun 2007 dulu. ceh ingat pulak tahun bila. yelaaa masa banjir besar tu, aku baru jek habis SPM, memang seronok ah cuti-cuti yang panjang tu tolong basuh rumah sedara mara aku yang kena banjir tu. tahun 2011 ni banjir setelah hujan di kota tinggi selama lima hari berturut-turut dan sungai pon dah tak dapat menampung air, lalu melimpah lah air di sekitar bandar kota dan taman perumahan yang berdekatan sungai. dekat bandar kota agak dalam air paras pinggang.adalah sikit gambar yang dapat di tangkap semasa berjalan-jalan tengok banjir.
sememeh gila muka pergi tengok banjir haha.
1 Februari lalu, genaplah usia ibu aku yang ke 46 tahun. then, ibu memang dah plan dari awal nak buat party + tahlil ringkas untuk birthday dia. nasib baik banjir dah surut so bolehlah para tetamu hadir. hehe para tetamu aku just adik beradik ibu aku plus sedara mara terdekat. tema birthday party malam tu merah hitam putih. so semua orang kene ikut tema otherwise takleh masuk. tasangka para tetamu aku semua patuh dengan tema. haha sporting la u olls. hehe
birthday 'girl'. girl la sangat. haha
beliau bersama kek chocolate strawberry di sponsor oleh ayah. hee
para tetamu
raya cina haritu, ayah aku ajak g makan kan teluk sengat. kawan kerja dia ajak. kami makan bersama Syed Hamid Albar. kenal tak? aku pon tak sure apa jawatan dia dulu. makan setengah jam. pastuh dapat satu kotak limau dengan ang pow. hee.
petang tu tunggu maklang paklong eby nuar turun johor sebab hanta NAX 3112 aku. hehe da selamat sampai di Johor. tapi tak sempat nak drive. tak berkesempatan kerana masa terlalu mencemburui diri saya. kihkih. petang tu, eby mandi kat kolam dalam bilik air aku. betapa gayat nya beliau dapat mandi kat situ haha
tukang menyibuk wajib ada iaitu fatin dan nadiah~ haha
then semalam pergi meluangkan masa bersama shahmir shah *ceyh ayat nak macam power bahasa malaysia* haha semalam pergi sunway pyramid dengan tujuan asal nak pergi sopink. tapi objektif itu tak tercapai. pergi sana menggunakan pengangkutan awam. gila gigih la kan. naip LRT + rapid bus semua. huwaa rindu nak jalan camni. tapi biasalah letih sikit. sampai jek perut berkeroncong gila bangang nya. tengok list kedai makan dekat sunway pyramid nampak Shabu-Shabu Train. teringin gila nak makan. tapi mcm biasalah nak dekat setengah jam jalan tak jumpa. sangat tak mahir dengan sunway pyramid. kalau mid aku hapal la! haha. sampai kat Food Street tu, jap ag nengok shabu-shabu dia cam hampeh jek. oleh kerana terlalu lapar, kalau aku ni handphone memang dah berkelip ah merah kat handphone tu, sebab dah takde tenaga gila nak jalan. so makan je la kat kopitiam. nyum2. sodap.
then siap makan ingat nak sopink, jap ag mamat ni ajak g nengok wayang pulok. aku malas nengok wyang weekend. sebab tau org ramai gila babi. duhh. tapi beratur la jugak. dia ajak nengok cerita HAQ. sampai dekat kaunter cerita semua penuh ye. 3D jek kosong. ape lagi. memang bedal je la nengok 3D. 21 ringgit kawww. mahal gila. grr. nengok cerita The Green Hornet. mula-mula eager gila ah nak masuk pakai kaca mata sewa 5 ringgit.
15 minit berlalu...
aku pon menanggalkan cermin mata 'hebat' itu kerana mataku mulai sakit dan aku rasa bila bukak cermin mata tu pandangan aku lagi clear. damn agak membazir di situ, honestly aku rasa cerita tu tak sesuai buat 3D. grr. bazir duit acik. -____- so pengajaran di sini sila pilih cerita yang sesuai kalau nak nengok 3D.
batak tunjuk tiket wayang 3D. hahaha
oklah sampai sini je la entry ni. malas dah
nak makan roti bakar + buat slide capstone! tata malaysia :)







