CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, July 23, 2011

berakhir sudah :)

Assalammualaikum..

semalam hari Jumaat bertarikh 22 Julai, secara rasminya telah tamat latihan industri aku.at first, aku fikir mesti aku rasa happy gila aku nak habis LI kan. tapi sebaliknya terjadi semalam. wuwuwuwu. aku menangis hokeh semalam. agak malu di situ. ehehe. 

time lunch semalam, kiteorang tak lunch, aku ngan kak sidah dengan kembar pergi hantar beg syikin kat larkin. then syikin drive kereta makcik dia pulak balik HSI semula. after lunch, ade small party diadakan sempena banyak benda sebenarnya. first, celebrate birthday staff dari bulan March sampai July. second, sempena meraikan hari terakhir kiteorang  LI kat situ. hee. mula-mula aku fikir mesti kami tak diendahkan nak habis ke hape ke. tapi rupanya tak. ;) mencuit hati di situ. hihi.

bukan itu je. kiteorg dapat ole-ole kak fiza bagi sempena nak habis. hehe pastu ada makan-makan nasi ayam penyet PnZ. peh layannn. ehehe.

masa tengah nyanyi lagu birthday.

ole-ole yang kami dapat berserta name tag kami yang telah dipulangkan

masa makan-makan ni biasa jek. aku tak lah sedih sangat pun. jap lagi masa nak balik pukul lima. tetiba hati rasa sayu jek. sayu gila. sebab tersedar esok dah tak datang tempat ni lagi dah. kalau datang pun situasinya dah berbeza. first orang yang aku salam, kak sidah. time salam dia la air mata aku mengalir. sedih gila. aku agak rapat ngan dia. aku dah anggap cam kakak aku sendiri. sedih sebab tak dapat jumpa dia selalu lagi pasni. :'( then salam semua staff, cakap goodbye semua pastu cepat-cepat balik sebab dah tak tahan dah. mata merah macam biji saga. gilaan tul aku ni. tak sangka aku sesensitif ini. rasa macam sayanggg kat diorang walaupun dulu ada benci sikit-sikit. tapi hilang terus rasa benci tu. alhamdulillah. tak baik kan simpan benci lama-lama. 

time nak drive balik, dah la drive soranggg. jap lagi ada lagu dina dengan zizan yang tajuk dia selamat tinggal. gilaan feeling habis. nangis tak hingat. hihi. sampai rumah mata bengkak jadi sepet. haha. gilaan.gilaan. haih. semoga LI ku jadi kenangan manis yang sentiasa terpahat di hati. thanks kepada semuaa :">

p/S: dah dapat permission daripada ayah nak keluar ngan camircah isnin ni! yabedabeduuuuuuuuuuuuuuu. 
^___________________________________________________^ senyum sampai telinga!




Wednesday, July 20, 2011

Countdown!

Assalammualaikum

Hai!Hai!Hai! 
^_________________________________________^
hatiku berbunga riang. dua hari sahaja semua ini bakal berakhir. hehew! HAPPYYYYY.
dua hari je lagi industrial training aku bakal berakhir. atau lebih tepat 16 jam! believe it or not la kan. kuikui
last monday, lecturer aku dah datang untuk evaluation. alhamdulillah evaluation berjalan dengan lancar. lepas hantar jek lecturer aku kat tempat tunggu taxi. aku dah rasa kemerdekaan dahh. walaweyyy. rasa macam dah tamat intern jek. hehe. so since lecturer aku pulang hari isnin lebih kurang pukul 3 petang ape lagi aku duduk dalam workshop alas laptop aku guna kotak A4. hehe dok hadap laptop aku sampai pukul limaa. inilah hasilnya. hehe

Isnin

Selasa

*
*
*
Rabu tak sempat nak amik. busyyyy sangat.

 sekarang dah tak heran dah siapa pun nak pergi site. poiee la acik dah tak heran dah. hehe. duk workshop buat report sikit-sikit ag bagus. jap rasa nak upload gambar workshop aku alang-alang nak habis LI ni.kuikui.
ini workshop aku time baru lemas kemas sebab pada hari itu ada 50 engineer satu Malaysia nak visit.

 cinonit (kecik) jek workshop aku ni. sebab tu bila sumbat manusia yang ramai dan aircond yang rosak, boleh masak dalam tu. gilaan betul.

workbench yang sangatt kemas tidak seperti hari biasa ehehehe

 keesokan harinya sampai je opis aku still duduk kat port yang sama sambil bukak lappy. tapi untuk mengelak nampak malas sangat, aku ikut la jugak staff pergi site. itupun sekali jekk. ehehe. tapi harini ini macam tak best sikit. dah la air cond workshop aku rosak. aku rasa cam duduk dalam kukus. bertambah hari ni ramai pulak manusia datang HSI nak pasang ventilator. hadoyai lagilah sesak nafasku. so hari ni masa aku banyak jugak dihabiskan ke site. hari ni aku ditugaskan pergi Labour Room. pergi check syringe pump. pengalaman yang aku dapat pada hari ini ialah.....
 masuk room orang baru lepas bersalin tengah proses jahit menjahit.
 oh tidak. serius aku rasa nak pengsan kat situ. at first, aku refuse nak masuk. aku cakap kat sister tu nanti aku amik sebab nak amik syringe kat tempat lain dulu. tapi sister tu paksa jugak suh amik. peh ke'nervous'an aku berganda. menggigil tangan aku amik syringe tu. soalan bodoh aku tanya kat sister tu. 
'Mana satu suisnya sister?' haha bodoh kan soalan
nasib sister tu tak dengar. macam mana aku nak nampak suis kalau dah mata aku duk tengok perempuan tu gigit baju dia. kesian dia. mesti sakit. tetiba teringat ibu aku kat rumah *insaf sekejap*
settle duduk labour room sampai pukul 12. lepas lunch aku pergi ikut kak zila pergi Imaging pulak buat PPM sampaiiiiiiiiii pukul tiga. then sambung pulak kat bilik mayat. huhu arini masa aku terisi dengan sebaiknya. tu yang tak sempat nak webcam ambik gambar sendiri kuang-kuang. ok lah sampai sini jek nak gosok baju untuk esok. hadeii malasnyaaaaaaaaaaa.

ok lah

BYE!

p/s selasa depan nak jumpa camircah tapi tak mintak kebenaran ayah agii. camana niii. takutnyaaaaaaaa. >.<

Saturday, July 2, 2011

Three events in one post

Assalammualaikum ^_^
Semalam, a.k.a Jumaat bersamaan 1 Julai pada pukul 10 pagi, dua pupu aku bernama Raja Noraini telah selamat diijabkabulkan bersama pilihan hatinya. chewah ayattt nak bombastic. hehew. TETAPI aku tak dapat menghadiri majlis pernikahannya kerana aku kerja. gigihkan aku kerja. yelaa aku LI kan dua bulan setengah jek. kalau duk cuti tak sudah, jatuh la reputation aku as a good practical student. kihkih perasan~ lagipun haritu masa kahwin Kak wana aku dah amik cuti. so malamnya aku dapat lah pergi majlis berinai kak ain dan cukur jambul anak Kak Mala yang baru habis pantang. 
Raja Noraini & Sufian


hehew.bila giliran aku ek. *mo0d gatal datang tak semena-mena* ;p
budak adam syomel pun ada. 


i am wearing blue baju kurung


four of us.
selalunya ada tiga orang yang kanan tu je.semalam kebetulan syikin pun ada.

gambar baby potong jambul tu lupa nak capture. 

keesokan harinya Sabtu, macam biasa aku still kerja. Minggu pertama dan keempat Sabtu aku kena kerja tapi sampai pukul 12.45 jek. aku gigihkan diri jugak kerja. balik jek kerja aku terus memecut ke Kota Tinggi selepas drop Syikin kat Mount Austin. sampai salin baju dan aku kena ikut rombongan lelaki sebab tak cukup orang ehehe.
lambat bebeno pengantin lelaki jalan -__-


my happy family :))


serba purple.


kak ain dan abg pian bersanding


kek kahwin.


adam is wearing the overall jeans. so syomel. adam jom kita couple hahaha
sekian sahaja post saya untuk hari ini. esok nak pergi Semenchu pulak pergi rumah pihak lelaki :) akan saya cuba update as soon as possible ^^
BYE!




Tuesday, June 28, 2011

Menangis lagi




currently suka video ini
suka lagu ni
currently suka gila kat FINA
hahaha *tipu tak*
 before ni, macam biasa-biasa je la minat kat Fina. tapi satu hari tu balik dari kerja ibu kata.
'Kak cuba kau tengok video klip Fina, mesti kau suka!'
aku dah agak dah part ni. mesti ada Zahiril Adzim. yawww! 
tekaan aku tepat sekali. sila lihat video di atas sampai habis kalau nak nengok ZA. hihihi.
senang cerita pergi tengok kat minit ke 4 dan saat ke 30. hihihi. berbunga sorang2 tengok dia.
:") *camni ah muka aku blushing* haha
sampai kat tempat kerja aku, budak2 ni semua aku ajar  pasal ZA. hehe.
 Juvana ke hape ke. kalau diorang tak tengok cerita Juvana malam tu aku siap storyy semula. haha. 
then video klip Fina ni pun aku siap bawak laptop g office semata-mata nak tunjuk mereka sampai mereka-mereka suruh aku downloadkan lagu Fina ni. tatau la suka kat lagu fina ke kat ZA ehehehe tak pepasal dorang pon ZA addict. motif kan.kuikui
 asal-asalnya dorang addict kat 'Daim' ni pun sebab aku letak gambar dia jadi dekstop background aku. 
gambar ni
nampak muda kan beliauu.
C: