Assalammualaikum..
semalam hari Jumaat bertarikh 22 Julai, secara rasminya telah tamat latihan industri aku.at first, aku fikir mesti aku rasa happy gila aku nak habis LI kan. tapi sebaliknya terjadi semalam. wuwuwuwu. aku menangis hokeh semalam. agak malu di situ. ehehe.
time lunch semalam, kiteorang tak lunch, aku ngan kak sidah dengan kembar pergi hantar beg syikin kat larkin. then syikin drive kereta makcik dia pulak balik HSI semula. after lunch, ade small party diadakan sempena banyak benda sebenarnya. first, celebrate birthday staff dari bulan March sampai July. second, sempena meraikan hari terakhir kiteorang LI kat situ. hee. mula-mula aku fikir mesti kami tak diendahkan nak habis ke hape ke. tapi rupanya tak. ;) mencuit hati di situ. hihi.
bukan itu je. kiteorg dapat ole-ole kak fiza bagi sempena nak habis. hehe pastu ada makan-makan nasi ayam penyet PnZ. peh layannn. ehehe.
masa tengah nyanyi lagu birthday.
ole-ole yang kami dapat berserta name tag kami yang telah dipulangkan
masa makan-makan ni biasa jek. aku tak lah sedih sangat pun. jap lagi masa nak balik pukul lima. tetiba hati rasa sayu jek. sayu gila. sebab tersedar esok dah tak datang tempat ni lagi dah. kalau datang pun situasinya dah berbeza. first orang yang aku salam, kak sidah. time salam dia la air mata aku mengalir. sedih gila. aku agak rapat ngan dia. aku dah anggap cam kakak aku sendiri. sedih sebab tak dapat jumpa dia selalu lagi pasni. :'( then salam semua staff, cakap goodbye semua pastu cepat-cepat balik sebab dah tak tahan dah. mata merah macam biji saga. gilaan tul aku ni. tak sangka aku sesensitif ini. rasa macam sayanggg kat diorang walaupun dulu ada benci sikit-sikit. tapi hilang terus rasa benci tu. alhamdulillah. tak baik kan simpan benci lama-lama.
time nak drive balik, dah la drive soranggg. jap lagi ada lagu dina dengan zizan yang tajuk dia selamat tinggal. gilaan feeling habis. nangis tak hingat. hihi. sampai rumah mata bengkak jadi sepet. haha. gilaan.gilaan. haih. semoga LI ku jadi kenangan manis yang sentiasa terpahat di hati. thanks kepada semuaa :">
p/S: dah dapat permission daripada ayah nak keluar ngan camircah isnin ni! yabedabeduuuuuuuuuuuuuuu.
^___________________________________________________^ senyum sampai telinga!


2 comments:
oo, nk dating eahh :)
hihi aah ;) dah dua bulan tak jumpa. rindu gilaan. hee.
Post a Comment