Assalammualaikum w.b.t.entry kali ini cenderung kepada sudut info.kadang-kadang nak juga buat entry yang bermanfaat kan. :)oleh kerana hari ini saya berpuasa nazar.
PUASA WAJIB
![]() | Puasa di bulan Ramadhan |
![]() | Puasa Kifarat |
![]() | Puasa Nazar |
puasa nazar tergolong dalah puasa wajib. dan seeloknya dibuat awal kan.
so kat sini saya nak kongsi tentang :
+++++++
Hikmah berpuasa. setiap perkara dalam dunia ni terjadi semua mesti ada hikmah di sebaliknya. cuma samada kita perasan atau tidak.saya amik secara roughly aje la ye.
pertama, puasa dapat:-
menjaga kesihatan dan melawan penyakit rohani dan jasmani
seperti yang kita tahu. “perut ialah rumah penyakit dan puasa adalah raja segala ubat“. memang betulkan majoriti pembunuh utama seperti sakit jantung, strok, kanser dan sebagainya berpunca kebanyakannya dari pemakanan kita sendiri.
kedua,dari segi kajian sains pula,
Para ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik dan racun2 dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. In addition, menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” banyak kan kelebihan puasa ni. dulu saya penah dengar orang kata kalau perut buncit maknanya ada penyakit. bila perut kita buncit maknanya kita makan banyak. bila kita makan banyak. banyak penyakit lekat kat badan kita kan. *hipotesis kanak-kanak* haha
next info is Enam rahsia puasa dan syarat-syarat kebatinannya menurut Imam AlGhazali
1. Memejamkan mata dan menahannya dari meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh menganggu hati, seperti melalaikannya dari berzikir dan mengingat kepada Allah.
2. Memelihara lidah dari bersembang kosong, berbohong, mencaci maki, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan riya’.
3. Memelihara pendengaran dari mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan haram pula didengarkan.
4. Memelihara seluruh anggota yang lain dari membuat dosa seperti tangan dan kaki dan memeliharanya juga dari segala yang dibenci.
5. Janganlah dia membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun dari makanan yang halal, sehingga terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci oleh Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dari makanan yang halal.
6.Hendaklah hatinya merasa bimbang antara takut dan harap kerana ia tiada mengetahui apakah amalan puasanya itu diterima oleh Allah, sehingga tergolongnya ia ke dalam puak muqarrabin (hampir kepada Allah) ataupun puasanya tertolak maka terkiralah ia ke dalam golongan orang yang terjauh dari rahmat Allah Ta’ala. Perasaan seumpama ini seharusnya sentiasa ada pada diri seseorang, setiap kali selesai melakukan sesuatu ibadat kepada Allah Ta’ala.
hihi. harapnya info ni bermanfaat kepada si reader. hee.
p/s:kepada kaum hawa yang banyak puasa nak di ganti. ganti la awal-awal. nnt tak merana nak dekat bulan Ramadhan nnt :) hee. bye!





2 comments:
aku la antara kaum hawa yg x ganti puasa ag...
hahahahha...
haha. aku banyak nak ganti sai. hehe. hari ni dah setel. lagi 2 nazar. 10 gantI! banyak kan. so kene start dr skang hehe
Post a Comment