Hai ^__^
saya kini berada di halaman kampung saya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
dah lama tak balik kampung. setelah dua bulan berpraktikal, sekarang baru ada masa nak balik kampung.
huh. my industrial training report has done!!!
gembira bukan kepalang. otak juga terasa lapang. semalam dah selamat disubmitkan ke department. fuh.
puas hati rasa dah submit.
semalam pergi singgah Sogo. gilaan KL jammed tak hingat. nak nangis rasa. jammed yang langsung tak bergerak okayy. gilaan. sebenarnya nak pergi sogo, nak sopink handbag raya, kasut raya segala bagai. tapi impian tak tercapai, sebab semalam ada hari untuk member's card. so siapa yang ada Sogo Card jek boleh beli. huwaa semalam ada cash banyak mana pun rasa tak bernilai,
sebab sogo card takda so tak boleh beli jugak.

sebab benda alah ni lah, aku tak dapat shopping semalam. grrr
so dengan perasaan hampa, balik kampung dengan tangan kosong. sadis betul. T__T
dah lah tak dapat beli apa-apa, perut lapar gila. ayah suggest makan kat RnR seremban.
memandangkan jammed, aku ajak makan Amcorp Mall jek. makan dekat Rak Thai
lepas dah isi perut, pergi jalan-jalan kejap tengok baju. saya sangat berkenan baju kurung Polka Dot putih dan tanah dia kaler merah. ouhh sangat gojess. tapi sangat mahal. damn. kalau 100 macam affordable lagi la. ini 179. mahal sangat. kain dia biasa je pun. tertekan lagi. -____-
camni la coraknya. tapi bayangkan sekejap tanah dia merah. hee.
kesimpulannya, naik KL semalam hanya sia-sia. dapat hantar report jek. haih. then balik negeri sembilan semula, singgah amik anuar kat SDAR sebab dia dapat pulang bermalam. hee. ayat pulang bermalam ni femes masa aku sekolah kat SAMURA dulu. hihi. then singgah Giant Senawang beli barang dapur untuk wan dan atuk. nak dijadikan cerita selepas itu singgah kedai Mizi Sports kot nama kedai tu. hahaha ni kes cari naya sebenarnya.
dulu tanpaku sedar aku pernah janji kat anuar, kalau dia dapat ranking bawah 30 periksa setengah tahun, aku belikan dia kasut sports Nike. haha mulut gatal sangat berjanji. masa tu aku jangka dia takkan la dapat ranking sebagus tu. sebab masa form 1 dia dapat raking 90 camtula. then aku nak cabar la dia, tu yang berjanji macam tu. lagipun masa aku janji tu, masa tu aku tengah kaya. duit JPA baru dapat. hahaha. semalam dia naik jek kereta hamik kaw. dia cakap kak
'bak hadiah nuar dapat no 19'
gilaan rasa nak pengsan kat situ. pandai bebenor dapat no 19/148 hahahaha. aku mana ada duit kalau cuti panjang camni. naik sem barulah ada duit. takkan nak guna duit simpanan aku kut. tak logik.tak logik. haha. then kesimpulannya ayah aku je la yang belikan. ehehe.
camni ah kasut dia. lebih kurang design dia. malas nak amik gamba kasut dia. hihi
pengajaran yang aku dapat, sumpah taknak janji apa-apa lagi dengan dia. hahaha then,
pukul enam lebih baru sampai kampung. rasa letih sangat.letih
sebab tak dapat upah apa-apa sebenarnya. sebenarnya jeles sebab aku dapat result aritu, tak dapat lagi hadiah. apa hadiah yang aku mintak he. rahasia ehehehehe
+ + +
hari ini masak lemang sempena nak menyambut puasa. sekarang tengah tunggu lemang tu masak. then boleh makan. t kalau saya rajin saya update post pasal Homemade Lemang. hihi.
+ + +
di sini saya ingin mengucapkan
selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat islam.



No comments:
Post a Comment