CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, July 29, 2011

Kampungku Negeri Sembilan

Hai ^__^
saya kini berada di halaman kampung saya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. 
dah lama tak balik kampung. setelah dua bulan berpraktikal, sekarang baru ada masa nak balik kampung.
huh. my industrial training report has done!!!
 gembira bukan kepalang. otak juga terasa lapang. semalam dah selamat disubmitkan ke department. fuh.
 puas hati rasa dah submit. 
semalam pergi singgah Sogo. gilaan KL jammed tak hingat. nak nangis rasa. jammed yang langsung tak bergerak okayy. gilaan. sebenarnya nak pergi sogo, nak sopink handbag raya, kasut raya segala bagai. tapi impian tak tercapai, sebab semalam ada hari untuk member's card. so siapa yang ada Sogo Card jek boleh beli. huwaa semalam ada cash banyak mana pun rasa tak bernilai,
 sebab sogo card takda so tak boleh beli jugak.

sebab benda alah ni lah, aku tak dapat shopping semalam. grrr

so dengan perasaan hampa, balik kampung dengan tangan kosong. sadis betul. T__T
dah lah tak dapat beli apa-apa, perut lapar gila. ayah suggest makan kat RnR seremban. 
memandangkan jammed, aku ajak makan Amcorp Mall jek. makan dekat Rak Thai


lepas dah isi perut, pergi jalan-jalan kejap tengok baju. saya sangat berkenan baju kurung Polka Dot putih dan tanah dia kaler merah. ouhh sangat gojess. tapi sangat mahal. damn. kalau 100 macam affordable lagi la. ini 179. mahal sangat. kain dia biasa je pun. tertekan lagi. -____-

camni la coraknya. tapi bayangkan sekejap tanah dia merah. hee.

kesimpulannya, naik KL semalam hanya sia-sia. dapat hantar report jek. haih. then balik negeri sembilan semula, singgah amik anuar kat SDAR sebab dia dapat pulang bermalam. hee. ayat pulang bermalam ni femes masa aku sekolah kat SAMURA dulu. hihi. then singgah Giant Senawang beli barang dapur untuk wan dan atuk. nak dijadikan cerita selepas itu singgah kedai Mizi Sports kot nama kedai tu. hahaha ni kes cari naya sebenarnya. 

dulu tanpaku sedar aku pernah janji kat anuar, kalau dia dapat ranking bawah 30 periksa setengah tahun, aku belikan dia kasut sports Nike. haha mulut gatal sangat berjanji. masa tu aku jangka dia takkan la dapat ranking sebagus tu. sebab masa form 1 dia dapat raking 90 camtula. then aku nak cabar la dia, tu yang berjanji macam tu. lagipun masa aku janji tu, masa tu aku tengah kaya. duit JPA baru dapat.  hahaha. semalam dia naik jek kereta hamik kaw. dia cakap kak 

'bak hadiah nuar dapat no 19'

gilaan rasa nak pengsan kat situ. pandai bebenor dapat no 19/148 hahahaha. aku mana ada duit kalau cuti panjang camni. naik sem barulah ada duit. takkan nak guna duit simpanan aku kut. tak logik.tak logik. haha. then kesimpulannya ayah aku je la yang belikan. ehehe.
camni ah kasut dia. lebih kurang design dia. malas nak amik gamba kasut dia. hihi

pengajaran yang aku dapat, sumpah taknak janji apa-apa lagi dengan dia. hahaha then,
 pukul enam lebih baru sampai kampung. rasa letih sangat.letih
 sebab tak dapat upah apa-apa sebenarnya. sebenarnya jeles sebab aku dapat result aritu, tak dapat lagi hadiah. apa hadiah yang aku mintak he. rahasia ehehehehe

+ + +

hari ini masak lemang sempena nak menyambut puasa. sekarang tengah tunggu lemang tu masak. then boleh makan. t kalau saya rajin saya update post pasal Homemade Lemang. hihi.

+ + +

di sini saya ingin mengucapkan 
selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat islam.

confession

**Keluargaku adalah semangatku.**

i really meant it.

love you so much, ibu ayah. XOXO

p/s emo sorang-sorang. T__T

Monday, July 25, 2011

A day with love

 Hai ^___^
hihi hati berbunga riang.rama-rama banyak terbang dalam perut kuikui.
sebabb baru balik dating dengan camircah tadiii setelah dua bulannnn tak jumpa! gilaan. lama kan.
fuh.rasa cam dah terlupa muka dia pun ye jugak. ehehe. 
saje je pilih dating hari Isnin, soo tak ramai orang. 
tadi tengok wayang pun lima orang jek.
 tapi gilaan sejukk. Jusco pun tak ramai orang harini. biasalah hari isnin kan. hari permulaan minggu. 
cuma harini kekok dating sebab dah dua bulan tak jumpa. siap malu mula-mula. hakhak gilaan farahana malu. hahaha. ketawa tutup-tutup mulut. heee. fake di situ. tapi untuk setengah jam je la kuikui
mulanya nak tengok cerita tolong awek aku pontianak. 
malangnya cerita tu takda. sedeh tul. tak tercapai hasrat di hati untuk menonton cerita tu dengan dia. 
transformer memang out of list la. tak minatt.
yanng ado cuma Flat 3A dengan cita apa entah. so pilih la Flat 3A.
sebelum pergi dating semalam ibu siap pesan jangan nengok cerita Flat 3A. t kang kau tu dah la penakut.
nampaknya amaran tu tak diendahkan. haha. 
em cane ek nak komen cerita ni. cam dah biasa ah nengok cerita hantu. cam tak takut jekk.
tapi ada jugak lah tutup-tutp mata. hehe.
tapi part yang Intan Ladyana gugurkan baby dia dalam bath tub tu macam real ah. aku pulak over rasa ngiluu hahaha. sampai berus gigi yang dia gigit tu patah. mesti sakit gila. tapi agak bangang ah. kandungan dah 4 bulan baru nak gugurkan. gilaan. memang sakit ah. uish. 
lagi satu cam tak logik ah kau boleh nak menyewa kat rumah flat memg sah-sah nampak macam rumah hantu. lampu kalimantang pun takda. uiyaii tipu tul.
emm keseluruhannya cerita ni biasa aje. 
saya boleh bagi tiga bintangggg. hehew.

after tengok wayang tadi, singgah HSI jap. pergi ambik log book sebab otak jammed nak wat report. takda idea. aduyaii kena siapkan report LI cepat-cepat. sebab jumaat ni nak anta gi um. tapi progress masih sedikit. gilaan. mulai malam ni kena buat report secara gigih.

ni nak upload picture sikit. hihi
yang ini makin tembam

yang ni makin slim
haih kalau boleh transfer isi, lama dah aku transfer kat budak ni. huhi.
ok lah sampai di sini sahaja.:">
bye!

Saturday, July 23, 2011

berakhir sudah :)

Assalammualaikum..

semalam hari Jumaat bertarikh 22 Julai, secara rasminya telah tamat latihan industri aku.at first, aku fikir mesti aku rasa happy gila aku nak habis LI kan. tapi sebaliknya terjadi semalam. wuwuwuwu. aku menangis hokeh semalam. agak malu di situ. ehehe. 

time lunch semalam, kiteorang tak lunch, aku ngan kak sidah dengan kembar pergi hantar beg syikin kat larkin. then syikin drive kereta makcik dia pulak balik HSI semula. after lunch, ade small party diadakan sempena banyak benda sebenarnya. first, celebrate birthday staff dari bulan March sampai July. second, sempena meraikan hari terakhir kiteorang  LI kat situ. hee. mula-mula aku fikir mesti kami tak diendahkan nak habis ke hape ke. tapi rupanya tak. ;) mencuit hati di situ. hihi.

bukan itu je. kiteorg dapat ole-ole kak fiza bagi sempena nak habis. hehe pastu ada makan-makan nasi ayam penyet PnZ. peh layannn. ehehe.

masa tengah nyanyi lagu birthday.

ole-ole yang kami dapat berserta name tag kami yang telah dipulangkan

masa makan-makan ni biasa jek. aku tak lah sedih sangat pun. jap lagi masa nak balik pukul lima. tetiba hati rasa sayu jek. sayu gila. sebab tersedar esok dah tak datang tempat ni lagi dah. kalau datang pun situasinya dah berbeza. first orang yang aku salam, kak sidah. time salam dia la air mata aku mengalir. sedih gila. aku agak rapat ngan dia. aku dah anggap cam kakak aku sendiri. sedih sebab tak dapat jumpa dia selalu lagi pasni. :'( then salam semua staff, cakap goodbye semua pastu cepat-cepat balik sebab dah tak tahan dah. mata merah macam biji saga. gilaan tul aku ni. tak sangka aku sesensitif ini. rasa macam sayanggg kat diorang walaupun dulu ada benci sikit-sikit. tapi hilang terus rasa benci tu. alhamdulillah. tak baik kan simpan benci lama-lama. 

time nak drive balik, dah la drive soranggg. jap lagi ada lagu dina dengan zizan yang tajuk dia selamat tinggal. gilaan feeling habis. nangis tak hingat. hihi. sampai rumah mata bengkak jadi sepet. haha. gilaan.gilaan. haih. semoga LI ku jadi kenangan manis yang sentiasa terpahat di hati. thanks kepada semuaa :">

p/S: dah dapat permission daripada ayah nak keluar ngan camircah isnin ni! yabedabeduuuuuuuuuuuuuuu. 
^___________________________________________________^ senyum sampai telinga!